Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hina Islam: Mahkamah arah pesalah jalani pemantauan mental
Diterbitkan:  Mar 13, 2019 11:38 AM
Dikemaskini: 4:14 AM

Mahkamah Tinggi Kuching mengarahkan lelaki yang dipenjara 10 tahun atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad untuk menjalani pemerhatian mental.

Alister Cogia, 22, akan dipantau di Hospital Sentosa Kuching selama sebulan.

Menurut The Star Online hari ini, hakim Azahari Kamal Ramli mengeluarkan arahan itu selepas mendengar permohonan semakan yang difail pasukan peguam diketuai Adun Batu Lintang See Chee How pada 12 Mac lalu.

Pendengaran akan bersambung semula pada 16 April, selepas pemantauan tamat.

"Permohonan kami untuk dua perkara. Pertama untuk menghantarnya bagi pemantauan di Hospital Sentosa.

"Kedua untuk meneliti nota prosiding kerana ada beberapa isu yang perlu dilitagasi berhubung persoalan sama ada wujud sebarang kegagalan dalam keadilan.

"Kita akan kembali pada 16 April untuk perkara kedua, jika perlu, sama ada wujud sebarang kesilapan dalam sabitan dan hukuman, kecuali dia dibukti mengalami masalah mental," kata See seperti dipetik.

Alister yang menggunakan akaun Facebook ‘Ayea Yea’ mengaku bersalah untuk 10 pertuduhan terhadapnya dan dihukum 10 tahun dengan tambahan 10 bulan penjara (kerana gagal melunaskan denda RM50,000).

Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan bekas Mufti Terengganu Ismail Yahya menyifatkan hukuman itu terlalu berat terutama bagi pesalah kali pertama.

Lihat Komen
ADS