Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aset Tabung Haji dipindahkan ke SPV pada nilai hampir dua kali ganda
Diterbitkan:  Mar 15, 2019 4:05 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Kerajaan memperincikan aset Lembaga Tabung Haji yang dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV) pada RM19.9 bilion walaupun nilai buku aset berkenaan hanya sekitar RM10 bilion.

Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam, berkata, syarikat milik penuh kerajaan itu adalah untuk menutup jurang di antara aset dan defisit tanggungan (lialbiliti) TH.

Ini dilakukan bagi membolehkan TH membuat agihan hibah atau membayar dividen kepada pendeposit. Akta Tabung Haji 1995 mensyaratkan hibah atau dividen tidak boleh dibayar jika tanggungan (hutang atau liabiliti) TH melebihi asset yang ada.

Menurut jabatan itu, bagi hartanah, ia dipindahkan ke SPV pada harga premium manakala untuk ekuiti domestik, ia dipindahkan pada nilai buku atau kos asal (jika harga saham telah jatuh) apabila Tabung Haji mula membuat pelaburan.

“Hasrat kerajaan adalah untuk membantu memulihkan kedudukan kewangan TH dengan mengambil alih kerugian yang dialami agar defisit yang semakin meningkat dapat ditutup.

“Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, mengambil beberapa contoh aset. Bagi tanah di Tun Razak Exchange, ia telah dipindahkan pada nilai RM400 juta dengan premium sebanyak RM204 juta ke atas nilai buku asal TH iaitu RM196 juta.

“Bagi saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), ia telah dipindahkan pada nilai RM4.62 sesaham, iaitu harga kos asal pelaburan TH. Ini adalah lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa pada hujung 2018 iaitu 72sen sesaham.”

Menurut JPM, situasi itu tidak akan timbul jika pengurusan lama mengamalkan kadar rosot nilai berhemat dan bukannya pada tahap 90 peratus.

Mengikut piawaian laporan kewangan, syarikat mesti mengisytiharkan kerugiann jika nilai saham yang dibeli jatuh berterusan lebih 20 peratus daripada kos asal untuk tempoh sembilan hingga 12 bulan.

Semakan audit Tabung Haji mendapati pengurusannya sebelum ini menaikkan kadar rosot kepada ke 70 peratus sepanjang tempoh 24 bulan. Ia menyemak angka itu sebanyak dua kali pada 2017, menaikkannya kepada 85 peratus dan kemudian kepada 90 peratus.

Ini adalah supaya Tabung Haji tidak perlu mengisytiharkan kerugian dan berada dalam defisit, serta dilarang membayar dividen.

SPV baru yang mengendalikan aset yang dipindahkan itu dinamakan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

JPM berkata matlamat UJSB adalah untuk memulihkan aset yang dipindahkan dari Tabung Haji dan penstrukturannya semula.

 

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS