Paling Popular
Terkini

Tampil memberi keterangan dalam prosiding menghina mahkamah di hadapan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini, peguam Arun Kasi menegaskan bahawa dia tidak mengkritik prosiding kes mahkamah dalam dua artikel yang disiarkan laman web badan bukan kerajaan (NGO).

Meskipun sudah disunting secara ketara dari kenyataan asalnya, jelas Arun, tulisan yang ditulisnya itu berniat baik dan demi kepentingan awam tanpa niat mengkritik kehakiman.

Artikel yang dipertikaikan dikatakan mengkritik keputusan mahkamah tinggi pada 7 Nov, 2018 untuk mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer yang tidak bersetuju dengan keputusan kes Leap Modulation Sdn Bhd dan PCP Construction Sdn Bhd.

Sebagai balasan, Peguam Hakim Negara Tommy Thomas, yang memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Arun, berhujah bahawa adalah satu penghinaan kepada mana-mana pembaca tulisan itu untuk tidak menganggap bahawa tulisan berkenaan adalah kritikan terhadap kehakiman.

Prosiding mahkamah hari ini didengarkan oleh lima juri yang diketuai Hakim Ramly Ali. Hakim lain yang terlibat adalah Rohana Yusof, Azahar Mohamed, Tengku Maimun Tuan Mat dan P Nallini.

Prosiding dihentikan sebanyak empat kali susulan beberapa pertukaran pendakwaan.

Perbicaraan bermula dengan ketua peguam bela Arun, V Bastian meminta penangguhan atas alasan anak guam perlu mengunjungi anak perempuannya yang masuk hospital.

Hakim menolak permohonan itu selepas sesi rehat namun Bastian meminta sesi rehat lagi, dengan menjelaskan bahawa dia memerlukan masa untuk mempersiapkan Arun bagi penyerahan bukti lisannya.

Apabila mahkamah kembali bersidang, Arun diberi amaran oleh hakim untuk hanya bercakap tentang hujah yang berkaitan yang belum disebutkan dalam afidavitnya.

Selepas Arun berulang kali menyebutkan bahawa artikelnya adalah melibatkan kepentingan awam dan bertujuan untuk memperbaiki Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), hakim sekali lagi mengingatkan Arun agar tidak menyimpang.

Hakim Ramli akhirnya mengarahkan Arun untuk turun dari kandang saksi dan mengumumkan sesi rehat untuk makan tengah hari.

Apabila mahkamah kembali bersidang semula, Thomas berhujah bahawa Arun tidak pernah meminta NGO berkenaan membetulkan artikelnya, meskipun mendakwa tulisan yang disiarkan berbeza dengan tulisan asal.

Dalam kedua-dua kenyataan asal Arun dan artikel yang disiarkan, Thomas berkata, Arun "melampau batas" dan menghina mahkamah apabila mencadangkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengenepikan penghakiman Hamid memerlukan siasatan SPRM.

Prosiding dihentikan sekali lagi apabila Bastian membalas hujah itu dengan berkata Mahkamah Persekutuan membuat kesilapan penghakiman dalam keputusan pada 7 Nov itu. Ia kemudian menyebabkan beberapa hakim bertanya kepada Bastian sama ada dia sedar dengan keseriusan dakwaannya itu.

"Saya beri 10 minit untuk semua bertenang," kata Hakim Ramly kepada Bastian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS