Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Dr M berani lawan China manakala yang lain tidak’
Diterbitkan:  Apr 15, 2019 12:23 PM
Dikemaskini: 5:05 AM

Seorang penyumbang kepada majalah perniagaan Forbes memuji Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana berani melawan China manakala pemimpin dunia lain tidak.

Ahli ekonomi Yunani Panos Mourdoukoutas berkata ini merujuk tindakan Putrajaya untuk merunding semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China, berjaya mengurangkan kosnya dari RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.

"Masalahnya ialah banyak projek infrastruktur China tidak berdaya maju, kerana ia dibina dengan kos yang melambung hingga membebankan negara-negara dengan hutang besar kepada Beijing.

"Perangkap hutang ini yang Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba elakkan. Pada Ogos lalu, beliau membatalkan projek ECRL dan ini memaksa China kembali ke meja rundingan.

"Dan beliau menang, seperti yang dibuktikan oleh perjanjian baru, kos projek berjaya bdikurangkan dengan ketara," tulisnya di Forbes.

Sebaliknya, Mourdoukoutas berkata, negara seperti Sri Lanka menjadi terhutang budi kepada China melalui projek-projek seperti pelabuhan Hambantota, Bandar Pelabuhan Colombo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala Rajapaksa.

Katanya lagi, Filipinan dan Pakistan juga mengalami masalah sama dengan terikat dengan projek-projek mega yang dibiayai dan dibina oleh China.

"Adakah Duterte dan Imran Ahmed Khan berani melakukan perkara yang sama, dan menyelamatkan negara mereka daripada mengalami nasib yang sama seperti Sri Lanka?” soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS