Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saksi pakar bidas kegagalan ahli patologi HKL sertakan skala warna

INKUES ADIB l Seorang saksi pakar dalam inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim menempelak Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung caranya merakamkan kecederaan mangsa.

Profesor patologi forensik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah bersara, Dr Shahrom Abd Wahid berkata ahli patologi HKL sepatutnya melampirkan skala warna ketika merakam gambar-gambar yang menunjukkan lebam Adib semasa bedah siasat.

Shahrom, yang pernah mengetuai unit forensik Hospital UKM, berkata demikian ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah untuk menerangkan lebam berbentuk segi tiga pada lengan kanan Adib berdasarkan gambar bedah siasat.

Hamdan: Profesor katakan kecederaan akibat pintu (van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS) yang mengenai bahagian atas dan hadapan, dan imprint mark hasil terkena bahagian rangka pintu.

Jika Profesor lihat pada kesan lebam, boleh profesor nyatakan apakah warna lebam itu?

Shahrom: dalam hal ini, saya ingin lihat gambar original (asal). Gambar bedah soasat asal.

[Shahrom memeriksa gambar yang dikemukakan sebagai bukti dalam inkues ini.]

Shahrom: Gambar original ini mestilah mempunyai color scale (skala warna). Saya nak tahu rujuk RGB. Skala warna merah, hijau dan biru.

Jadi kita tengok rujukan itu, baru kita boleh komen apa warna dia (lembam itu). Contohnya, kalau kita tengok mukasurat 16 (foto lain) warna lengan si mati lebih kuning berbanding dengan yang gambar post mortem ini. Kalau tengok bersebelahan, dia cokelat.

“Jadi saya nak komen, ye maaf ye, praktis forensik patologi ambil gambar libat warna mesti ada skala warna, bukan sahaja skala panjang, kena ada skala warna.

“Jadi atas dasar itu saya tak nak komen apa-apa. Saya tak nak komen warna sebab dia (lebam itu) boleh hitam, biru, cokelat. boleh apa-apa warna di situ, sebab rujukannya tak ada.

“Jadi bila kita nak ambil gambar, kita letak skala warna di situ. Jadi bila kita nak adjust itu nanti, kita tengok RGB ini side by side, jadi kita dapat warna yang sebenar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS