Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Perarakan ke Istana Kehakiman' - peguam berang Arun dipenjarakan
Diterbitkan:  Apr 23, 2019 4:18 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengenakan hukuman penjara ke atas peguam Arun Kasi atas dakwaan menghina mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengamal undang-undang.

Antara mereka, termasuk bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, yang mencadangkan bahawa Badan Peguam Malaysia menganjurkan perarakan ke Istana Kehakiman di Putrajaya.

"Jangan biarkan Arun merana seorang diri. Ini adalah permulaan Malaysia Baru yang mesti kita tentang," ciapnya di Twitter.

Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Eric Paulsen berkata hukuman itu berlebihan dan tidak akan menggalakkan keyakinan orang ramai.

"Setiap orang mesti dibenarkan menjadi kritikal, betul atau salah, bahkan kurang ajar atau lantang mengenai kehakiman," katanya.

Menurut Paulsen, kesalahan membidas badan kehakiman adalah ketinggalan zaman dan harus dimansuhkan.

Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran berkata sekadar denda adalah mencukupi dalam kes Arun.

"Penjara untuk kes menghina harus diambil dalam kes yang paling serius. Lebih-lebih lagi, kerana tidak ada hak untuk merayu daripada hukuman itu," katanya.

Seorang lagi peguam, Shanmuga K berkata, bahawa tidak ada seorang peguam pun yang dipenjarakan kerana kesalahan itu semasa pentadbiran BN.

"Pernahkah ada peguam di 'Malaysia lama' yang dihantar ke penjara kerana kesalahan kuno membidas penghakiman mahkamah?

"Malaysia baru terus menghampakan saya," ciapnya di Twitter, yang ditweet semula oleh Pengarah Eksekutif LFL Latheefa Koya.

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM40,000 terhadap Arun Kasi selepas mendapatinya bersalah menghina mahkamah berhubung dua kenyataannya yang mengkritik prosiding serta keputusan satu kes mahkamah.

Hakim Ramly Ali, yang mengetuai panel lima hakim, berpendapat bahawa kenyataan menghina yang dibuat Arun Kasi terhadap Mahkamah Persekutuan adalah sangat serius dan mencemarkan nama baik badan kehakiman secara keseluruhannya, serta menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman, mencemuh, memalukan dan menyinggung maruah, integriti serta kesaksamaan mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS