Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Empat kesalahan serius yang diadili Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia seperti zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Beliau berkata demikian dalam menolak hujah pihak yang menentang kerajaan dalam isu Statut Rom yang mentadbir ICC.

Bercakap dalam forum bagi membincangkan langkah Malaysia menarik diri daripada meratifikasi statut berkenaan, Thomas merujuk persamaan antara pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan jenayah kejam dilakukan tentera Nazi Jerman.

"Tetapi itu (pendudukan Jepun) adalah pencerobohan asing. Sepanjang masa Malaysia adalah bebas, kita sentiasa menjadi negara yang aman.

"Jadi, jenayah itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia dan sebenarnya kesalahan ini tidak wujud dalam buku statut kita," jelas beliau merujuk kepada bidang kuasa ICC membicarakan jenayah pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pencerobohan

"Ia tidak wujud kerana kita (sepanjang sejarah) tidak memerlukannya untuk digubal.

"Jadi saya boleh kembali duduk dan tanya, apa yang membingungkan mengenai (keperluan menolak) Statut Rom? Sama sekali tidak masuk akal!" tegasnya.

Thomas, yang menggelarkan Barisan Nasional sebagai hipokrit dalam menentang Statut Rom, juga mengatakan perkara itu tidak sepatutnya menjadi kontroversi berikutan pembohongan dan penyelewengan fakta serta undang-undang.

"Apabila kerajaan Pakatan (Harapan) memutuskan untuk menerima Statut Rom, ia hanya meneruskan keputusan dasar yang diambil oleh kerajaan sebelumnya

"Jadi hipokrasi yang berlegar dalam perdebatan ini mesti dihentikan, kerana mereka yang mengkritik hari ini menyokong keputusan yang sama dibuat pada masa lalu," katanya.

Kerajaan BN di bawah pimpinan bekas perdana menteri Najib Razak pada Mac 2011 bersetuju untuk menerima Statut Rom.

Bagaimanapun Thomas berkata langkah itu tidak pernah dilakukan secara rasmi sehinggalah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menarik diri daripada menyertai statut berkenaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS