Karikatur hina Nabi: Mungkin giliran RTM pula selepas ini
Terjemahan Ketika New Straits Times 'yakin' mampu menangani isu penyiaran kartun yang dikaitkan dengan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, selepas mendapatkan sokongan lembaga pengarahnya, akhbar berkenaan mungkin mengheretkan sama RTM dalam kontroversi tersebut.
Terjemahan Ketika New Straits Times 'yakin' mampu menangani isu penyiaran kartun yang dikaitkan dengan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, selepas mendapatkan sokongan lembaga pengarahnya, akhbar berkenaan mungkin mengheretkan sama RTM dalam kontroversi tersebut.
Menurut satu sumber, Timbalan Pengerusi New Straits Times Group (NSTP) yang juga Penasihat Editorial, Datuk Kalimullah Hassan telah memberi jaminan kepada para editor dan wartawan akhbar tersebut bahawa tidak ada apa yang harus dibimbangkan.
Dalam taklimat selama 10 minit petang ini, Kalimullah sekali lagi menegaskan bahawa kartun tersebut tidak ofensif dan dalam mesyuaratnya pagi ini, lembaga pengarahnya bersetuju memberi sokongan kepada editor akhbar berkenaan.
Katanya, sekiranya tindakan penggantungan dikenakan, tempohnya tidak akan melebihi dua minggu.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, akhbar milik Umno itu dijangka mungkin membabitkan sama RTM dalam kontroversi tersebut.
'Kami ada bukti'
Akhbar itu, kata sumber berkenaan, mempunyai bukti bahawa pada awal bulan ini, RTM juga didakwa telah menayangkan seorang lelaki sedang membaca akhbar yang mengandungi karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad, yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam diseluruh dunia.
Ini juga turut dinyatakan oleh Kalimullah dalam taklimat tersebut.
"Katanya, Berita Mandarin dalam RTM 2 telah memfokus terhadap imej karikatur itu sebanyak dua kali dan imej itu memenuhi skrin televisyen. Salinan rakaman tayangan tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Kita akan menyiarkannya (mengenai RTM itu) di muka depan esok," kata sumber tersebut, sambil menambah seorang wartawannya telah menghubungi Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin untuk mengulas perkara tersebut," katanya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.