Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM: K'jaan pertimbang beri subsidi gaji pada graduan

Kerajaan masih mengkaji cadangan memberi elaun kepada graduan tempatan yang baru menamatkan pengajian, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, ini bagi menangani masalah lambakan pendatang asing yang bekerja ke negara ini, yang menjejaskan ekonomi negara.

"Semalam kita bincang berkenaan masalah pendatang asing, pekerja asing yang datang dgn ramainya di negara kita.

"Sebab mereka datang ke sini kerana kita (rakyat Malaysia) sendiri tidak ingin bekerja.

"Jadi satu daripadanya sebab mungkin kerana upah itu tidak begitu tinggi, tetapi kalau upah terlalu tinggi barang kita akan jadi begitu mahal sehingga tak boleh bersaing dengan barangan daripada negara-negara lain," katanya mengulas laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang menyebut Putrajaya merancang menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi membantu 50,000 graduan muda mendapatkan pekerjaan.

Akhbar itu memetik sumber berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk menyediakan subsidi elaun dan gaji di antara RM700 dan RM1,000.

Sumber memberitahu, dalam Mesyuarat Khas Kabinet semalam, kerajaan mempertimbang untuk menyediakan elaun RM700 hingga RM1,000 kepada graduan baharu.

Ketika diminta membuat pengesahan mengenai laporan tersebut, Dr Mahathir berkata dengan cara itu akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing yang akan menghantar wang gajinya kembali ke negara asal.

Tak nak duit mengalir ke luar

Justeru itu, kata perdana menteri wang pendapatan pekerja akan di belanjakan di Malaysia dan ini memperkayakan ekonomi negara.

"Oleh kerana itu, pihak tertentu telah membuat cadangan kalau boleh kita adakan subsidi tidak langsung.

"Dengan cara itu, gaji akan meningkat dan pekerja kita akan bekerja dan tidak lagi bergantung kepada pekerja asing.

"Ini kerana kita dapati tiap-tiap tahun kita kerugian berbilion-bilion ringgit kerana pekerja asing menghantar balik pendapatan mereka ke negara mereka - outflow of fund.

"Dalam mana negara pun kalau duit mengalir keluar negara kita jadi miskin, kalau dia mengalir ke dalam negara kita jadi kaya. Jadi kalau boleh kita tak naklah duit kita mengalir keluar.

"Kalau kita dapat menggunakan pekerja kita sendiri, maka duit itu akan berada di dalam negara dan ini akan memperkayakan negara," katanya.

Namun pemimpin berusia 94 tahun itu berkata kerajaan masih belum membuat keputusan dan masih mengkaji sama ada mempunyai wang yang cukup untuk berbuat demikian.

Lihat Komen
ADS