Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Skandal 1MDB kena 'bahan' hos program komedi di Netflix
Diterbitkan:  Jun 3, 2019 4:37 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Skandal 1MDB 'memenangi anugerah' dalam program bual bicara 'Patriot Act with Hasan Minhaj', apabila rancangan itu menonjolkan peranan Goldman Sachs dalam skandal kewangan global berkenaan.

Episod baru-baru ini juga menyaksikan Hasan, yang merupakan hos rancangan itu menghentam bekas Perdana Menteri Najib Razak dan ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low.

Program berkenaan yang disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Netflix, mengupas isu politik dan hal ehwal semasa kepada penonton AS dalam bentuk komedi.

Dalam episod yang disiarkan semalam, Hasan berkata dana 1MDB terbuka kepada penyelewengan kerana mereka "mempunyai wang tunai, yang secara asasnya tidak dikawal dan boleh digunakan untuk merompak seluruh negara."

Menyentuh mengenai penglibatan institusi kewangan AS, Goldman Sach dalam krisis 1MDB, Hasan mendakwa "budaya dan strategi keseluruhan" bank itu menggunakan kepakaran dan reputasinya untuk "memanfaatkan" negara-negara termasuk Malaysia.

"Setiap kali seseorang berkata Goldman Sachs, kamu tahu sesuatu yang buruk berlaku.

"Jabatan Kehakiman (AS) dilaporkan mahu ada penyelesaian untuk memasukkan pengakuan bersalah. Itu tidak akan pernah berlaku sebelum ini.

"Begitu juga kamu tahu, Goldman Sachs tidak pernah mengaku bersalah dalam tempoh 150 tahun," katanya.

Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat dilapor menuduh Goldman Sachs terlibat dalam membantu Najib dan Low menyalahgunakan berbilion ringgit daripada 1MDB.

"Sama ada anda suka atau tidak, Goldman Sachs sinonim dengan wang, kejayaan dan wang lagi.

"Goldman membantu 1MDB untuk kelihatan lebih sah daripada sebenarnya," kata Hasan pada persembahan itu.

Bagaimanapun, bank itu menafikan melakukan sebarang kesalahan dan meletakkan beban itu kepada bekas pegawainya, Tim Leissner dan Roger Ng.

Leissner mengaku bersalah atas tuduhan jenayah yang berkaitan di Amerika Syarikat.

"Satu-satunya masalah ialah 1MDB tidak mempunyai penarafan kredit, yang menjadikannya lebih sukar untuk meyakinkan orang ramai untuk melabur.

"Jadi, untuk membuat tawaran loji kuasa mereka kelihatan lebih baik, Goldman menggunakan kredibiliti mereka dan menghubungkan 1MDB dengan dana kekayaan negara Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang mempunyai aset bernilai 70 bilion dan kredit yang mantap," jelas Hasan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS