Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rafidah: 'Ahli politik henti bawa watak ikut khalayak'

Setiap rakyat Malaysia memiliki peranan untuk dimainkan di dalam membina negara yang harmoni, kata bekas menteri Rafidah Aziz.

Ketika berucap di hadapan 500 peserta persidangan pelajar di Kuala Lumpur, Rafidah berkata ahli politik khususnya perlu berhenti menyasarkan kepentingan kelompok tertentu sahaja berbanding keseluruhan rakyat Malaysia.

"Setiap kita mempunyai peranan dan saya katakan peranan untuk diambil tanggung jawab bukan peran (watak) untuk dimainkan (dilakonkan).

"Kerana kita 'memainkan watak' maka kita ada masalah hari ini," katanya dalam ucap tama Sidang Pelajar Malaysia 2019 anjuran United Kingdom and Eire (Ireland) Council for Malaysian Students.

"Saya memainkan peran sebagai ahli politik Melayu, sebagai ahli politik Cina, ahli politik India atau daripada parti politik apa pun. Memainkan peran (watak) kamu tahu?

"Saya bercakap ikut kehendak khalayak. Cukuplah memainkan peran jika kita mahu negara yang harmoni," katanya.

Menurut Rafidah lagi, ahli politik tidak hanya boleh bercakap sekadar mewakili kepentingan kecil kelompok dan kumpulan semata-mata.

Sebelum ini, Menteri Perpaduan P Waythamoorthy dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam bahasa Tamil tidak bersetuju dengan pengajaran tulisan Jawi di sekolah Tamil.

Dalam satu e-mel yang dialamatkan kepada Malaysiakini, Setiausaha Sulit Kanan, Alan Kirupakaran menafikan petikan berkenaan dibuat oleh menteri tersebut dalam laporan itu.

Siaran akhbar menteri itu yang dihantar oleh seorang pembantunya menerusi e-mel kepada Malaysiakini pula bertentangan dengan dakwaan Alan.

Dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Ogos, yang kebanyakannya dihantar ke akhbar berbahasa berita Tamil, menteri itu - berdasarkan satu wawancara dengan program berita Bernama Tamil - menyatakan dia tidak bersetuju dengan pengenalan khat di sekolah vernakular.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS