Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tarik kenyataan Umno kafir sebelum kerjasama - Mahathir
Diterbitkan:  Sep 10, 2019 4:21 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

PAS perlu menarik balik kenyataan bahawa Umno adalah parti kafir terlebih dahulu sebelum kedua-dua parti memuktamadkan kerjasama mereka melalui pemeteraian satu piagam pada Sabtu ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya kenyataan yang pernah disuarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dahulu masih belum ditarik balik secara rasmi oleh parti berkenaan bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan Umno.

“Piagam (Pertubuhan) Bangsa Bangsa Bersatu pun tak (dapat) menghentikan peperangan, apatah lagi piagam PAS dengan Umno tak ada jadi apa… musuh dulu. Umno ni kafir, PAS kata,” katanya dalam nada sinis pada sidang akhbar di Alor Setar.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berkata demikian bagi mengulas kenyataan bersama Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini berhubung piagam berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Umno dan PAS memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman yang akan ditandatangani presiden kedua-dua parti berkenaan.

Majlis menandatangani piagam itu, yang digubal satu jawatankuasa bersama diwujudkan sebelum ini, akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra sebagai kata sepakat untuk bekerjasama antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

- Bernama

Lihat Komen
ADS