Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Seorang suspek LTTE rancang serang kedutaan Sri Lanka'

Polis menjangkakan lebih ramai penyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan ditangkap dan memberi amaran tiada tolak ansur terhadap pihak yang mengancam keselamatan negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata demikian ketika mengumumkan tujuh suspek yang mempunyai kaitan dengan LTTE ditahan dalam operasi di enam negeri antara jam sembilan pagi hingga dua petang.

Antara yang ditahan ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Melaka dan Negeri Sembilan, selepas disyaki terlibat mempromosikan LTTE.

Turut ditangkap seorang ejen insurans yang merancang menyerang bangunan kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur, menurut Ayob dalam sidang media hari ini.

Katanya, ejen insurans itu merancang membuat serangan itu dengan penyokong LTTE lain yang belum ditangkap.

Ayob berkata pihak polis telah memulakan siasatan dan memantau kumpulan itu sejak November tahun lalu.

LTTE ditubuhkan pada 1976 untuk memperjuangkan kemerdekaan wilayah Tamil Eelam di Sri Lanka.

Kumpulan itu mendakwa dasar-dasar kerajaan Sri Lanka mendiskriminasi golongan Tamil.

Kumpulan itu dilabelkan sebagai pengganas selepas didakwa mencabul hak asasi manusia dan melakukan jenayah perang, termasuk pembersihan etnik,

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS