Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Banjir di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung memaksa ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan terutama di Kelantan dan Terengganu.

Pada Isnin, dilaporkan seramai 11,443 orang dipindahkan akibat banjir di kedua-dua negeri berkenaan. Angka itu meningkat kepada 15,126 orang pada pagi Selasa.

Dua kehilangan nyawa akibat bencana, sementara petugas yang menyalurkan bantuan makanan kepada masyarakat Orang Asli juga terkandas akibat banjir dan perlu diselamatkan.

Keadaan banjir itu dirakam satelit yang dilengkapi dengan radar yang mampu menembusi awan tebal bagi mengetahui skala besar bencana berkenaan.

Imej satelit menunjukkan landskap yang ditandai dengan takungan banjir yang baru terbentuk sama ada kecil mahupun besar. Sungai juga kelihatan melebar.

Imej-imej yang ditunjukkan di sini diambil oleh satelit-satelit Sentinel-1 yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Eropah. Ia diambil pada 20 Nov dan 2 Dis, kedua-duanya pukul 7.26 petang.

Data ini diproses selanjutnya, pantulan radar yang konsisten dengan permukaan air diwarnakan biru. Sungai dan air banjir terutamanya diwarnakan dengan warna biru laut.

Daratan ditunjukkan dalam warna kuning kehijauan dan mengikut kontur rupa bumi, sementara kawasan bandar berwarna putih.

Di sekitar Kota Bharu, banjir dapat dilihat di tempat-tempat seperti Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Jelawat.

Hal yang sama dapat dilihat di pinggir Kuala Terengganu, terutamanya di tempat-tempat seperti Kampung Baloh, Kampung Pasir Puteh dan di sawah padi berhampiran Sungai Merang.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS