PAS sedang kenalpasti kerusi sesuai di Sarawak
PAS sedang mengenalpasti kerusi yang sesuai untuk calon parti itu dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 20 Mei ini.
PAS sedang mengenalpasti kerusi yang sesuai untuk calon parti itu dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 20 Mei ini.
Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar berkata, PAS akan bertanding paling banyak tiga kerusi tetapi jumlah sebenar belum diputuskan kerana sedang berunding dengan parti pembangkang lain.
"PAS mungkin bertanding satu, dua atau tiga kerusi tetapi jumlah sebenar akan diketahui apabila rundingan dengan parti pembangkang lain selesai sebelum hari penamaan calon.
"Perkara utama ialah PAS tidak akan meletakkan calon di kawasan yang telah ditandingi oleh parti pembangkang lain untuk mengelak pertindihan calon dari pembangkang," katanya.
DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi iaitu bertambah sembilan kerusi, berikutan persempadanan kawasan pilihanraya.
Fokus kemiskinan rakyat
Barisan pembangkang Sabah terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Snap dan Malayan Dayak Congress (MDC) yang belum diluluskan pendaftarannya.
Semalam Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin meramalkan parti itu akan meletakkan calon di 20 kerusi dalam pilihanraya negeri Sarawak, dengan fokus utama kepada isu kemiskinan rakyat negeri itu.
Beliau mendakwa, rakyat akan menolak kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kerana didakwanya tidak membawa banyak pembangunan kepada negeri Sarawak.
Katanya, walaupun sudah 25 tahun Taib memerintah Sarawak, laporan Bank Dunia menunjukkan Sarawak merupakan negeri termiskin di Malaysia.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.