Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persoalan lebih besar di sebalik aplikasi 'Sugar daddy' - krisis nilai
Diterbitkan:  Dec 19, 2019 2:33 PM
Dikemaskini: 6:33 AM

“Kenapa orang muda hari ini lebih pentingkan wang berbanding nilai?”

Persoalan ini dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh ketika mengulas isu kontroversi iklan sugar daddy, Sugarbook di ibu negara.

Menulis di Facebook, Yeoh berkata kewujudan iklan sebegitu membangkitkan persoalan berkaitan nilai yang dipegang anak muda masa kini.

Katanya, banyak lagi aplikasi dan laman web seperti Sugarbook di Internet.

Yeoh justeru berkata beliau menyokong sebarang gesaan terhadap pihak berkuasa untuk menyiasat kes itu.

Hannah Yeoh 

DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dalam kenyataan berasingan semalam berkata mereka tidak pernah meluluskan iklan itu dan mengarahkan ia ditarik balik.

YWP - yang bertanggungjawab terhadap dua papan iklan yang terlibat - juga berkata telah memanggil dan memberi surat tunjuk sebab kepada operator iklan.

Menurut laman Facebook Sugarbook, iklan tersebut - yang pertama kali dibuat - mula dipaparkan pada 3 Disember.

Iklan itu menggunakan ungkapan “Di sinilah bertemu yang cantik dan yang berjaya” serta

“Hai sayang, ubahlah gaya percintaan anda”.

Pengasas dan CEO Sugarbook Darren Chan berkata syarikatnya dibina "untuk memberdaya wanita dengan menyediakan platform dating untuk mereka memilih secara bebas apa yang dimahukan dalam hubungan yang ideal, tanpa dinilai".

"Sugar baby bukan pekerja seks yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak menukarkan tubuh mereka dengan wang,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS