BERITA

Zaid Ibrahim dilantik pengerusi DAP Kelantan

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Jan 2020, 12:16 tengahari

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Zaid Ibrahim dilantik menjadi pengerusi protem DAP Kelantan.

Pelantikan itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat yang turut melantik 16 anggota jawatankuasa (AJK) protem yang lain.

Perkara itu diumumkan dalam acara penyerahan cek peruntukan kepada pertubuhan-pertubuhan di Dewan Besar Tok Kong Mek, Kampung Cina, Kota Bharu, Kelantan.

Kata Zaid, penubuhan AJK protem itu adalah langkah bagi memperkuat kedudukan parti dalam mendekati rakyat di Kelantan dengan lebih rapat.

"Kami berpendapat DAP harus memberi penjelasan untuk lebih menjwab tuduhan dari parti politik lain kononnya ini parti Cina, rasis, komunis.

"Ini tak menguntungkan sesiapa, malah memberi mudarat kepada kita," katanya kepada pemberita

Tambah Zaid, dia akan memberi tumpuan untuk memberi penjelasan dan menjawab kebimbangan rakyat, khususnya orang Melayu di Kelantan dan menjelaskan mengapa mereka perlu berfikiran lebih terbuka serta lebih memahami keperluan masyarakat.

Zaid yang juga merupakan peguam, pernah menjadi menteri selama beberapa bulan pada 2008, dan pernah menganggotai Umno, PKR, Kita sebelum menjadi ahli DAP sejak 2017 hingga kini.

Sementara itu, menurut penyelaras organisasi komunikasi DAP untuk Kelantan dan Terengganu Lee Chin Chen, DAP tidak mempunyai jawatankuasa negeri di dua negeri pantai timur itu.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu hanya boleh membentuk jawatankuasa negeri sekarang berikutan penambahan besar anggota di Kelantan selepas pilihan raya umum 2018.

Beliau berkata jawatankuasa protem akan mengendalikan perkara berhubung penubuhan kepimpinan negeri rasmi di Kelantan.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.