Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

PRK KIMANIS | Tiga hari sebelum hari mengundi pada 18 Jan ini, lebih 500 berhimpun di Pekan Membakut, Kimanis untuk membantah pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Peserta yang rata-rata datang dari Kota Kinabalu, Putatan, Beaufort selain penduduk tempatan, berpakaian hitam yang tertera perkataan "Say No to PSS" dan "Tolak PSS".

Peserta turut melaungkan slogan "bantah PSS" dan "tolak PSS" sebaik protes bermula pukul 9.50 pagi tadi.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pendidikan Peningkatan Pendidikan Orang Awam (Pipa) Benjamin Ondoi berkata dasar itu boleh menyebabkan peningkatan populasi di Sabah sehingga satu juta orang.

Beliau menggesa rakyat supaya menolak PSS.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Rakyat Sabah (Sorak) Jamain Sarudin melahirkan kebimbangan penduduk tempatan mungkin akan menjadi "pelarian" di negeri mereka sendiri.

Pipa dan Sorak adalah dua NGO yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

Pengerusi Wanita MCA Sabah Pamela Yong menggesa para pengundi di Kimanis untuk menolak calon Warisan Karim Bujang, pada hari mengundi, Sabtu ini.

Beliau berkata Warisan akan lebih yakin melaksanakan PSS sekiranya berjaya menang PRK Kimanis.

"Mereka (pendatang tanpa izin di Sabah) perlu dihantar pulang dan datang semula menggunakan dokumen perjalanan undang-undang yang sah," katanya.

Bekas anggota parlimen Kimanis, Anifah Aman tampil sebagai penceramah utama himpunan yang digelar "Himpunan Solidariti Rakyat Bantah PSS".

Tiga penceramah lain ialah ketua pembangkang Sabah dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Yong Teck Lee, dan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah dan Adun Kinulu, Johniston Bangkuai.

Kira-kira 20 pegawai polis dalam pakaian seragam dan biasa memantau himpunan.

[Berita lanjut menyusul]


Lihat Komen
ADS