Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ambiga dah 'tak kenal' sesetengah pemimpin dalam PH

Bekas presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Ambiga Sreenevasan, berkata beliau kini tidak lagi 'mengenali' sesetengah pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya begitu berani sebelum gabungan itu menjadi kerajaan.

"Ia perlukan keberanian untuk lakukan perkara berbeza daripada apa yang dilakukan pada masa lalu.

"Sebab itu kita mengundi kerajaan hari ini, kerana ketika mereka jadi pembangkang, mereka sangat berani sebenarnya. Kamu tahu dalam Bersih dan sebagainya, mereka tidak takut.

"Jadi saya tidak lagi mengenali beberapa orang yang telah masuk dalam kerajaan dan kini sangat takut kepada orang-orang yang meletakkan mereka di sana.

"Saya mendapati semua ini agak membimbangkan,"kata Ambiga dalam forum bertajuk 'Laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC): Kenapa rahsia?' di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, cadangan yang terkandung dalam laporan IRC itu adalah berkaitan dengan tadbir urus yang baik.

Namun katanya, tindakan untuk mendedahkan laporan itu kepada orang ramai juga merupakan satu contoh tadbir urus yang baik.

"Jika mereka tak boleh membuat langkah pertama, apa gunanya mereka melihat semua cadangan mengenai tadbir urus yang baik?" soalnya.

Beliau berkata kerajaan pada masa lalu menyembunyikan segala-galanya kerana tidak mempunyai keberanian untuk mendedahkan maklumat penting kepada orang ramai.

Ambiga merupakan anggota IRC, yang berada di bawah Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), yang ditubuhkan untuk meneliti pembaharuan institusi utama seperti Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), pasukan polis, Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain Ambiga, ahli-ahli IRC terdiri daripada bekas hakim Mahkamah Rayuan, KC Vohrah dan Mah Weng Kwai, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Mohamed Arshad Raji dan pakar perlembagaan, Shad Saleem Faruqi.

Mereka mengemukakan laporan kepada CEP dan Jabatan Perdana Menteri pada bulan Julai 2018.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS