Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘PAS ada potensi jadi sebahagian kerajaan persekutuan’

Situasi politik semasa menyaksikan PAS mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian daripada parti bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun keadaan itu belum pasti tetapi PAS mempunyai potensi tersebut

"Tak tahu lagi, tapi dalam keadaan sekarang kita ada potensilah.

"Ada kemungkinan kita ada berada dalam kerajaan persekutuan nanti," katanya kepada media ketika ditemui selepas pramesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai potensi dan persediaan PAS dalam situasi politik semasa.

Sebagai rekod PAS mempunyai 18 kerusi parlimen dan telah menyatakan sokongan penuh kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Dalam situasi semasa PAS membentuk Muafakat Nasional sebagai satu blok yang mempunyai kekuatan tersendiri dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Mohd Amar berkata, bagaimanapun PAS dan Umno tidak akan menerima DAP sebagai rakan sekiranya membentuk kerajaan pusat.

"Sudah menjadi pendirian PAS dan Umno bahawa kita tidak akan sertai mana-mana kerajaan yang ada DAP.

"Kalau Amanah tak tahu lagi, kita tak bincang," katanya yang juga timbalan menteri besar Kelantan.

Sementara itu jelas beliau, semua anggota parlimen PAS kini berada di Kuala Lumpur dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Lihat Komen
ADS