Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sulaiman Md Ali angkat sumpah KM Melaka
Diterbitkan:  Mar 9, 2020 3:46 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Sulaiman Md Ali daripada Barisan Nasional (BN) hari ini diisytiharkan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Hasim Hasan.

Sulaiman, 54, yang juga setiausaha Badan Perhubungan Umno Melaka menjadi Ketua Menteri Melaka Ke-12 menggantikan Adly Zahari yang dilantik Ketua Menteri Melaka Ke-11 pada 11 Mei 2018.

Perisytiharan pelantikan itu dibuat Hasim pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-12 dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Istiadat itu berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di Melaka.

Pada 2 Mac lepas dilaporkan Mohd Khalil mendapat representasi bahawa Adly tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Adun Melaka sebagai Ketua Menteri Melaka, sehubungan itu Mohd Khalil melantik seorang Adun sebagai Ketua Menteri yang baru.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS