Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kabinet baru: Semua dapat habuan - Khalid Samad
Diterbitkan:  Mar 9, 2020 9:13 PM
Dikemaskini: Mar 10, 2020 10:25 AM

Kabinet baru PN yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang tadi "jelas bertujuan memuaskan kehendak parti-parti yang menyertai usaha pakatan ini," kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad.

"...dengan diwujudkan jumlah menteri dan timbalan menteri yang ramai. Terdapat 70 jawatan termasuk PM berbanding hanya 55 di bawah kerajaan PH dahulu.

"Ianya kabinet di mana semua mendapat habuannya," kata beliau dalam suatu kenyataan malam ini.

Menurut Khalid, kabinet ini akan "menjadi kerajaan yang diperalat kleptokrat dan pengkhianat."

"Tiada hala-tuju dan dasar yang jelas yang ingin diperjuangkan, selain untuk menjatuhkan PH dan menjadi kerajaan."

"Tiada apa-apa manifesto yang memandu kabinet ini," katanya.

Khalid juga berkata barisan jemaah menteri juga tidak membayangkan kompisisi kaum di Malaysia.

Ketika pentadbiran PH, kabinet pimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempunyai 17 menteri Melayu, dua bumiputera Sabah dan Sarawak, lima Cina dan empat India.

Bagi timbalan menteri 15 daripada 25 menteri terdiri daripada orang Melayu, tujuh Cina dan seorang India.

Sementara itu, Khalid hari ini juga mempertikaikan kesahihan kabinet Muhyiddin yang didakwanya sebagai "kerajaan pintu belakang."

"Ianya sebuah kerajaan yang menafikan pilihan rakyat secara tidak berakhlak dan tidak bermoral. Rakyat telah memilih kerajaan PH (pada PRU14).

"Kesahihan jumlah anggota parlimen yang menyokong kerajaan ini masih dipertikai. Oleh itu kesahihan kerajaan dari segi undang-undang tetap diragui. Ianya perlu diuji di parlimen melalui usul undi tidak percaya dengan kadar seberapa segera," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS