Muktamar PAS: Hadi kecam kumpulan mempersoalkan Islam
Presidennya, Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang dengan lantang menyifatkan kumpulan-kumpulan tertentu yang mempersoalkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai melulu, melampau dan 'bodoh'.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang dengan lantang menyifatkan kumpulan-kumpulan tertentu yang mempersoalkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai melulu, melampau dan 'bodoh'.
Sehubungan itu, beliau mengajak semua umat Islam supaya bersatu mempertahankan peruntukan-peruntukan berkaitan Islam dalam Pelembagaan Persekutuan daripada dicabul oleh kumpulan-kumpulan anti-Islam.
Menurutnya, peruntukan-peruntuan tersebut termasuklah Perkara 3, Perkara 12 (2), Perkara 150 (6A), 121 (A), Perkara 11 (4) dan Jadual 9, Senarai 2.
"Adalah wajib dan wajar semua umat Islam digerak dan digembeleng untuk memastikan peruntukan
dalam Perlembagaan Persekutuan dipertahankan," tegasnya dalam ucapan dasarnya ketika merasmikan muktamar PAS ke-52 di Alor Star pagi ini.
Sehubungan itu, katanya, menegaskan sebarang salahfaham terhadap ajaran Islam perlu diselesaikan secara bijaksana, bukannya menerusi 'roadshow' oleh satu pihak sahaja.
Muktamar kali ini yang bermula semalam dengan persidangan Dewan Pemuda dan Muslimatnya akan berlangsung hingga 9 Jun ini.
Muktamar kali ini berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Star. Kira-kira 1,000 perwakilan memenuhi Dewan Datuk Fadzil Noor yang pertamakali digunakan itu.
'Tidak pernah berlaku'
Abdul Hadi berkata, pelbagai kemelut dan krisis sedang melanda agama Islam di negara ini sekarang dan beliau menyifatkannya sebagai satu fenomena yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Beranika tuduhan dilemparkan kepada Mahkamah Syariah secara melulu tanpa mengenal pasti apakah punca masalah tersebut tercetus.
"Mengapa Perkara 121 (A) spontan didesak supaya dipinda, bahkan ada yang menekan supaya ia dimansuhkan," tegasnya lagi.
Menurutnya, gerakan tindakan kumpulan-kumpulan tertentu mempertikaikan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara ini.
Tetapi, katanya, kini kedudukan Islam dicabar hingga sembilan orang menteri kabinet bukan Islam berani menghantar memorandam mendesak Perdana Menteri supaya meminda Perkara 121 (A).
Malah sekarang, katanya, timbul gerakan badan-badan bukan kerajaan yang dinamakan kumpulan Article 11 memperjuangkan "kebebasan meninggalkan agama atau murtad".
Presiden PAS itu menegaskan, keadaan ini berlaku kerana kumpulan-kumpulan tersebut melihat pemimpin Islam di negara sendiri mempertkaikan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara.
"Menteri di Jabatan Pedana Menteri mengakui mereka sekadar berpolitik sahaja dalam urusan pelaksanaan undang-undang Islam kerana takutkan PAS," ujarnya.

