Kerajaan digesa tangani fahaman liberalisme, plurisme
Pertubuhan-pertubuhan Islam hari ini meminta kerajaan memberi perhatian serius terhadap penularan fahaman liberalisme dan plurisme di kalangan umat Islam, yang jika dibiarkan, boleh mengancam keharmonian akidah dan masyarakat berbilang agama di negara ini.
Pertubuhan-pertubuhan Islam hari ini meminta kerajaan memberi perhatian serius terhadap penularan fahaman liberalisme dan plurisme di kalangan umat Islam, yang jika dibiarkan, boleh mengancam keharmonian akidah dan masyarakat berbilang agama di negara ini.
Pengerusi Himpunan Ulama Rantau Asia, Ustazdul Ghani Shamsuddin berkata, fahaman itu wajar ditentang kerana ia merupakan agenda antarabangsa musuh Islam, sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh memandang ringan gejala ini kerana ia berkaitan dengan akidah umat Islam.
"Kita tidak boleh terus hanyut dengan globalisasi dan liberalisasi atau memperjuangkan kepentingan kelompok sendiri sahaja hingga melupakan perkara-perkara yang mengancam umat Islam.
"Setiap orang Islam wajar memberikan respon kepada teguran Mufti Perak terhadap ancaman fahaman pluralisme dan liberalisme ini," kata Abdul Ghani lagi.
Beliau mengulas ucaptama Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria di Muzakarrah Ulama 2006 di Ipoh, Perak semalam yang membangkitkan soal fahaman liberalisme dan pluralisme yang semakin menular di kalangan golongan terpelajar negara ini.
Mufti Perak itu berkata, jika perkara itu tidak diberikan perhatian, ia akan membarah dan merosakkan hidup beragama umat Islam.
Harussani berkata, isu poligami, seruan agar al-Quran diolah dan dinilai semula, pembelaan terhadap penganut ajaran sesat atas asar kebebasan memilih agama dan syor penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (IFC) yang mendesak pengguguran Artikel 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara isu yang dibayangi oleh fahaman berkenaan.
Tidak sesuai dengan Islam
Abdul Ghani menambah, jika kerajaan yang ada tidak mampu menangani gejala ini, para pemimpinnya perlu memberi kuasa kepada pihak lain yang lebih berupaya dan berilmu untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Sementara itu, Presiden Angkatan Belian Islam Malaysia, Yusri Mohamad pula berkata, fahaman pluralisme dan liberalisme ini mempunyai persamaan dengan sekularisme, yang tidak mengambilkira nilai-nilai ketuhanan dalam segala tindakannya.
"Pendekatan kumpulan ini tidak sesuai dengan asas-asas agama Islam dan nilai ketimuran yang telah lama ditanam dalam masyarakat kita. Oleh itu penularannya mesti dibanteras,"katanya.
Yusri juga menyifatkan teguran Mufti Perak itu sebagai kena pada masanya dan patut diberikan perhatian serius oleh kerajaan.
"Memang wajar beliau menegur dan memberi nasihat mengenai ancaman fahaman yang menyimpang dari Islam ini kerana kebelakangan terdapat kecenderungan di individu dan pertubuhan dalam negara ini menerima dan menggunakan pendekatan liberalisme,"ujarnya.
Tambahnya, fahaman pluralisme dan liberalisme yang mempromosi kebebasan beragama dan gaya hidup ini tidak sesuai dengan acuan negara ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.