Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN | Steve Bannon sangat tidak menyukai China. Saya tidak pasti apakah yang telah dilakukan oleh China terhadapnya, namun beliau secara peribadi ingin menentang China habis-habisan.

Terdapat kisah mengatakan ia bermula ketika beliau menjadi Pegawai Muda Tentera Laut pada tahun 80-an. Beliau sangat marah apabila Kapal Perang Amerika Syarikat (AS) terpaksa berlayar dengan radar mereka “down” atau “perlu dimatikan” dan ia dibenarkan (membawa maksud tiada rekod perjalanan) ketika membuat rondaan di Laut China Selatan. Pada pandangan beliau, ia seperti membiarkan PLA (Tentera China) untuk melakukan apa sahaja terhadap Angkatan Tentera Ketujuh (AS).

Amerika Syarikat telah menjadikan Selat Teluk “Persia” sebagai wilayah AS, jadi mengapa tidak Laut “China” Selatan juga. Amaran beliau kini hampir menjadi kenyataan dan ia tidak mengejutkan.

Di dalam mana-mana pentadbiran AS sebelum ini, kekecewaan terhadap ahli teori konspirasi kanan dapat ditolak dengan mudah, namun tidak diketuai oleh seorang ahli teori konspirasi kanan.

Dan hari ini, Bannon telah menjadi pembuat polisi yang paling efektif di dalam pentadbiran Trump, walaupun beliau hanya memegang jawatan rasminya sebagai Ketua Strategik di White House dalam tempoh yang singkat.

Polisi beliau berdasarkan imigresen (tidak sama sekali!), cukai (lebih rendah!) dan penjagaan kesihatan (lupa mengenainya) telah dilaksanakan dengan sempurna. Namun beliau tetap akan tidak berpuas hati dengan China. Beliau merupakan tulang belakang kepada perang dagangan, dan kini menginginkan pertumpahan darah.

Keinginan beliau ini mungkin akan tercapai. Hubungan AS dengan China bertambah teruk atas rundingan persempadanan Laut China Selatan. AS secara terbuka melakukan konfrontasi dengan membawa bom supersonik B1 Lancer dan kapal perang mereka untuk melakukan rondaan di rantau ini.

Walaupun ia tidak menganggu sempadan negara kita, namun banyak perkara harus diberikan perhatian oleh Malaysia. Sepertiga laluan kapal dunia, akan melalui Laut China Selatan; yang juga mengandungi 10 peratus jumlah perikanan dunia, 190 trilion kubik gas asli, dan sekitar 11 bilion tong minyak asli.

Sekarang anda dapat mengetahui mengapa orang Amerika bersungguh-sungguh dengan persempadanan ini. Setiausaha Negara AS, Mike Pompei menggesa negara-negara Asean berdiri menentang China, dan terdapat beberapa negara seperti Filipina mula terpengaruh. Di Manila, berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di jalan-jalan utama, walaupun wabak koronavirus sedang merebak.

Taktik menang pilihan raya

Sebelum kita juga terpengaruh, penting untuk mengingati apakah yang terjadi apabila AS menekankan kepentingan mereka sendiri untuk melindungi kuasa moral demokrasi.

Selain daripada risiko terhadap kehilangan sumber dan perdagangan global, jelas bahawa Trump percaya taktikal terbaiknya untuk memenangi semula pilihan raya ini adalah dengan menentang China. Taktik ini akan digunakan terutamanya selepas beliau gagal dengan teruk sekali dalam menangani krisis Covid-19 yang sedang berlaku ini.

Perkara terakhir yang kita mahukan adalah Amerika bosan dengan Timur Tengah dan mengalihkan tumpuan mereka ke Asia Tenggara. Masih ingat apakah yang berlaku -jika Mr Bannon mempunyai jalan- di Afghanistan, Iraq, Libya dan Iran?

Malaysia harus menyatakan dengan jelas bahawa kepentingan kita terletak di Timur, dan juga di Barat. Kita merupakan hentian kritikal pada laluan perdagangan Belt-road China, dan juga salah satu penerima pelaburan luar China yang terbesar.

Pada akhirnya, kita tetap akan berada di sini hingga Amerika memutuskan untuk melakukan langkah seterusnya. Harus diingati: ketika ingin menawan sesebuah negara, Amerika jarang memenanginya. Namun negara yang ingin ditawan juga akan selalu tewas. Nampaknya China menjadi destinasi seterusnya. Justeru, kita tidak perlu untuk berada ditengah-tengah destinasi tersebut.


DR RAIS HUSSIN merupakan presiden dan CEO EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS