Malaysiakini
BERITA

Muhyiddin ada majoriti 2 kerusi

Andrew Ong

Diterbitkan
Dikemaskini 19 Mei 2020, 4:10 pagi

Nota editor: Berita ini telah dikemas kini untuk mencerminkan kedudukan rasmi Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat sejurus selepas artikel ini diterbitkan.


Susunan tempat duduk untuk persidangan Dewan Rakyat hari ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti anggota parlimen.

Plan, oleh staf Parlimen, menunjukkan bahawa terdapat 114 anggota parlimen yang menyokong kerajaan semasa.

Walau bagaimanapun, ahli parlimen - Masir Kujat (PSB-Sri Aman) - menjelaskan bahawa beliau disalahletakkan di kerusi di bangku kerajaan.

Ini bermaksud Muhyiddin (Bersatu-Pagoh) berjaya mentadbir negara dengan majoriti tipis tiga undi.

Muhyiddin akan melakar sejarah sebagai PM yang dilantik dengan majoriti paling tipis selepas Dr Mahathir Mohamad (Bersatu-Langkawi) pada Mei 2018 (dengan majoriti 10 kerusi).

Senarai ahli parlimen kerajaan, disusun mengikut abjad mengikut parti, terdapat dalam jadual berikut.

 Dengan itu, buat masa ini, persoalan apakah Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat tidak lagi perlu diperdebatkan.

Ujian sebenar akan timbul pada bulan Julai apabila Dewan Rakyat bersidang semula selama 25 hari, dengan membahaskan rang undang-undang kerajaan.

Antara yang menarik tumpuan pada Julai nanti adalah usul tidak percaya yang akan dikemukakan oleh Mahathir terhadap Muhyiddin.

Harus dinyatakan meskipun kedua-dua mereka mewakili parti yang sama, Mahathir duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Walaupun kemungkinan untuk menyaksikan usul pembangkang dibentangkan adalah tipis, namun cabaran sebenar Muhyiddin adalah memastikan semua 113 anggota parlimen kerajaan berindak dalam hala yang sama.

Kegagalan mendapatkan undi bagi meluluskan sebarang rang undang-undang kerajaan akan memberi isyarat bahawa Muhyiddin tidak lagi menikmati sokongan majoriti.

Muhyiddin terpaksa bergantung pada hulubalangnya, Azmin Ali (Bersatu-Gombak) untuk memastikan kehadiran maksimum sebagai ketua whip kerajaan.

Menurut plan tempat duduk, bangku pembangkang akan terdiri daripada 107 ahli parlimen - Upko (1), Bersatu (5), Warisan (9), Amanah (11), PKR (39) dan DAP (42).

Tersepit di antara kedua bangku itu adalah Baru Bian (Bebas-Selangau).

Baru adalah antara ahli parlimen yang tidak tetap pendiriannya semasa "Langkah Sheraton” pada akhir Februari, awalnya menolak Pakatan Harapan tetapi kemudiannya bersetuju supaya gabungan itu menyokong Mahathir sebagai perdana menteri.

Sebagai wakil rakyat Bebas, dia tidak terikat dengan mana-mana pihak dan kecenderungannya tidak dapat ditentukan.

Setakat ini, Baru menunjukkan minat terhadap Parti Sarawak Bersatu (PSB), sebuah parti dikatakan mesra dengan Gabungan Parti Sarawak.

Ahli parlimen lain yang tidak tetap pendiriannya semasa "Langkah Sheraton” adalah Masir Kujat (PSB-Sri Aman), yang kini duduk di bangku pemerintah.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.