Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Perbaiki penginapan pekerja asing, elak penyakit berjangkit'

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan agar keadaan penginapan pekerja asing diperbaiki agar ia tidak menjadi tempat penularan penyakit berjangkit.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berharap penularan wabak Covid-19 yang dikesan di depot tahanan imigresen Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang dijadikan pengajaran.

Depot tahanan imigresen Bukit Jalil menjadi kluster kedua terbesar Covid-19 di negara ini, dengan merekodkan jumlah keseluruhan 282 kes.

“Sudah tentu, kita perlu meninjau tempat tinggal pekerja- pekerja kita. Saya fikir adalah punca (wabak).

"Sekiranya terdapat jangkitan, bukan hanya Covid-19 tetapi kita bercakap mengenai semua penyakit berjangkit (lain), jika kamu tinggal di tempat yang tertutup, pasti penyakit berjangkit akan terus merebak," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap penyelesaian jangka panjang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Saya rasa kita harus meneliti jangka pendek dan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah ruang tertutup dan sesak ini, terutama bagi pekerja asing.

"Hari ini, kita harus mengubah norma bagaimana kita melakukan sesuatu. (Kita perlu melakukan sesuatu) berbeza dari masa lalu untuk masa depan yang lebih baik, tepat pada waktunya, "katanya.

Pendatang tanpa izin ditempatkan di tiga depot tahanan imigresen sebelum dan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pada awal bulan ini, pegawai imigresen menjalankan serbuan di kawasan-kawasan seperti Selayang, Masjid India dan Chow Kit - iaitu kawasan yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPB) dan menjadi penempatan ramai pekerja asing.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan hari ini mengumumkan penguatkuasaan undang-undang yang membolehkan pengawasan yang ketat kementerian berhubung penginapan pekerja, ditangguhkan.

Diwartakan pada 2019 Sept, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) sepatutnya mula berkuat kuasa pada 1 Jun.

Saravanan berkata penguatkuasaann akta itu akan bermula pada 1 September "untuk memberi ruang kepada majikan membuat persediaan sewajarnya".

Lihat Komen
ADS