Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysiakini luncur penjejak Covid-19 dalam bahasa migran
Diterbitkan:  Jul 15, 2020 9:55 AM
Dikemaskini: 1:55 AM

KORONAVIRUS | Dalam usaha mengekang wabak Covid-19 dalam kalanan komuniti migran, Malaysiakini minggu ini melancarkan laman penjejak versi bahasa Burma, Nepal dan Bengali.

Sebelum ini laman seumpama itu yang berbahasa Inggeris dilancarkan pada 10 Mac dan dilihat 27 juta kali sejak itu. Malaysiakini kemudian melancarkan laman penjejak berbahasa Melayu dan bahasa Cina.

Laman itu - yang memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai Covid-19 di Malaysia - turut memaparkan maklumat berkaitan perintah kawalan pergerakan, bagaimana mengelak jangkitan dan cara mendapatkan bantuan jika diperlukan.

Tidak ketinggalan, data mengenai lokasi kes-kes Covid-19 yang dikesan.

Dalam laman versi bahasa Burma, Nepal dan Bengali beberapa laporan terpilih berkaitan wabak tersebut dimuatkan dan diterjemah mengikut bahasa yang berkaitan.

Ia dibuat ekoran peningkatan kes membabitkan warga asing di Malaysia - kebanyakannya dalam kalangan pekerja migran - sejak akhir April lalu.

Bagaimanapun di sebalik pertambahan kes dalam kalangan komuniti terbabit, tiada maklumat tersedia untuk mereka dalam bahasa masing-masing.

Majoriti pekerja berkenaan tidak boleh membaca laporan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Pekerja dalam kalangan komuniti Burma, Nepal dan Bangladesh merupakan kumpulan migran terbesar di negara ini selepas Indonesia.

Selain pekerja, halaman ini juga akan melayani komuniti pelarian yang berbahasa Bengali atau Burma.

Justreru maklumat mengenai bagaimana pelarian dapat disaring secara percuma melalui NGO Mercy Malaysia juga disertakan dalam halaman Nepal, Burma dan Bengali.

Projek oleh Kini News Lab tersebut turut mendapat sokongan Deutsche Welle Akademie.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS