Malaysiakini
BERITA

PKR mahu bertanding di PRK DUN Slim

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Jul 2020, 1:12 pagi

PKR mengumumkan untuk bertanding dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim susulan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi Abdul Talib.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata parti itu akan meletakkan calonnya dalam PRK tersebut nanti.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Khusairi yang meninggal dunia petang tadi (semalam).

"PKR akan mempertahankan legasi arwah dengan mencalonkan seseorang daripada kawasan tempatan. Kita akan meneruskan usaha dalam membela nasib rakyat sebagai pembangkang ketika waktu yang mencabar ini," katanya.

Khusairi, 59, meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.

Allahyarham merupakan Adun Slim selama empat penggal dan anggota Majlis Tertinggi Umno.

Beliau mula memang di kerusi itu pada 2004, dan mengekalkannya pada dua penggal seterusnya dengan majoriti selesa.

Pada PRU14, beliau sekali lagi mempertahankan kemenangan tetapi hanya dengan 44.8 peratus undi, dengan calon Bersatu mendapat 33 peratus undi dan calon PAS 22 peratus undi.

DUN Slim merupakan kawasan luar bandar di mana kaum Melayu merupakan tiga perempat daripada jumlah pengundi dan merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Tanjung Malim.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu yang dipertikai Marzuki Yahya berkata pihaknya masih belum mebincangkan sama ada akan meletakkan calon atau tidak dalam PRK nanti.

"Kita belun berbincang lagi (kerana) masih terlalu awal, tetapi ia adalah kerusi yang ditandingi Bersatu dalam PRU yang lepas.

"Kita akan maklumkan keputusan kita setelah tarikh PRK ditetapkan," katanya lagi.


Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.