Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
SPRM tahan isteri Guan Eng
Diterbitkan:  Aug 7, 2020 12:23 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

  • Dikemas kini dengan perkembangan terbaru.

SPRM menahan Betty Chew, isteri bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Sumber SPRM berkata, ahli perniagaan Phang Li Koon, yang sebelum ini telah pun dibebaskan daripada tuduhan berkaitan pembelian banglo Lim, turut ditangkap.

Difahamkan Phang ditahan malam tadi sementara Chew hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang hari ini.

Menurut sumber lagi, Chew disoal siasat berkaitan kes mahkamah Guan Eng pada Selasa depan.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kontroversi pembelian banglo bawah harga pasaran itu akan dibawa ke mahkamah sekali lagi.

Phang Li Koon

Isu pembelian banglo itu dibawa ke mahkamah pada 2015.

Guan Eng membeli rumah itu daripada Phang pada 2015 ketika bertugas sebagai ketua menteri.

Dia juga dituduh salah guna kuasa dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam Magnificient Emblem Sdn Bhd - syarikat yang dikaitkan dengan Phang.

Phang dituduh bersubahat.

Kedua-dua mereka di dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2019, langkah yang dianggap “mengejutkan” oleh SPRM.

Permohonan menyemak semula pembebasan itu sepatutnya didengar di Mahkamah Rayuan pada Februari tetapi terganggu oleh keadaan politik yang menyaksikan berlakunya Langkah Sheraton ketika itu.

Guan Eng dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada Isnin dan Selasa depan.

Kes pada hari Isnin dipercayai berkaitan projek terowong bawah dasar laut.

Guan Eng hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta suapan 10 peratus daripada jumlah keuntungan dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Terdahulu, Chew dilihat hadir ke pejabat SPRM negeri hari ini.

The Star melaporkan, adik Guan Eng, Lim Hui Ying, turut hadir ke SPRM bersama Chew.

Malaysiakini sudah menghubungi SPRM dan Hui Ying untuk mendapatkan maklumat lanjut.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS