Malaysiakini
BERITA

Musa Aman muncul mengejut di Beaufort, tunggu kedatangan PM

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 17 Sep 2020, 3:50 pagi

Selepas lima hari ‘hilang’ dari radar penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman membuat kejutan muncul di Beaufort hari ini.

Segak berpakaian batik, beliau hadir memakai pelitup muka, memegang tongkat sambil duduk tersenyum di kerusi tetamu kehormat menunggu kedatangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada program Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah di Dataran Bagandang, pagi ini.

Kehadiran Musa itu dimanfaatkan orang ramai termasuk pemimpin tempatan dan orang kampung untuk merakam gambar dan video sambil bertanyakan khabar.

Ketika disapa Bernama, Musa melemparkan senyuman dan ringkas menjawab “Saya sihat Alhamdulillah. Kamu apa khabar?”, katanya yang berasal dari Kampung Bingkul, lima minit dari pekan Beaufort ini.

Musa pada 29 Julai, menggegar landskap politik Sabah apabila mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Situasi itu seterusnya menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan ketua menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan 12 Sept sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 26 Sept ini.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.