Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masidi: Memang ada pesakit awal Covid-19 diberi rawatan di rumah
Diterbitkan:  Oct 22, 2020 8:39 PM
Dikemaskini: 1:55 PM

Sabah sedang membuat persediaan untuk membolehkan pesakit Covid-19 dirawat di rumah masing-masing, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Masidi Manjun.

Dia yang dilantik kerajaan negeri menjadi jurucakap dalam isu Covid-19 berkata individu yang dijangkiti wabak itu biasanya dinasihat agar kekal berada di rumah mereka jika simptomnya masih terkawal.

Menurut Masidi, langkah itu adalah satu daripada beberapa strategi yang diambil kerajaan Sabah untuk menangani pesakit Covid-19 yang ramai di negeri itu.

"Dengan itu ia akan membolehkan mereka tidak perlu ke pusat kuarantin atau pusat rawatan, misalnya, dan ia berkesan jika mereka tinggal bersendirian, atau berdua dan berada di tempat sama dan boleh mengkuarantin diri sendiri," katanya dalam sidang media harian di Kota Kinabalu hari ini.

Tambah Masidi Jabatan Kesihatan Sabah juga akan menyelaras proses rawatan di rumah jika kes itu dianggap masih di peringkat awal.

Terdahulu Adun Karanaan itu ditanya berhubung dakwaan sesetengah pesakit tidak terus dibawa ke hospital atau pusat kuarantin berisiko rendah sebaliknya diminta kekal berada di rumah masing-masing.

Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia pula akan membuat pemantauan kesihatan mereka dari semasa ke semasa.

Pesakit terbabit dikatakan terpaksa menunggu sehingga seminggu sebelum dibawa ke pusat kesihatan.

Keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada kemudahan hospital atau pusat kuarantin berisiko rendah kini sudah penuh.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan sesetengah pesakit terpaksa menunggu selama beberapa hari sebelum mendapat keputusan ujian saringan.

Mereka kemudian perlu menunggu lagi untuk dimasukkan ke hospital atau pusat kuarantin jika diuji positif.

Seorang pesakit di Kota Kinabalu memberitahu Malaysiakini dia meminta agar dibawa ke hospital atau pusat kuarantin tetapi pegawai KKM memberitahu, semua katil sudah penuh.

Pada 18 Okt lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kemudian memberitahu masalah itu sudah diatasi.

Masidi berkata strategi Jabatan Kesihatan Sabah ialah menempatkan pesakit yang masih di peringkat awal - tahap satu atau dua - untuk ditempatkan di pusat kuarantin.

"Daripada maklum balas jabatan kesihatan negeri, di hospital masih ada katil yang cukup walaupun dalam keadaan yang maksimum," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS