Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DUN Perak bersidang 5 minit, penyokong Faizal tak hadir

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguhkan lagi kerana masih belum ada kerajaan negeri.

Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid mempengerusikan persidangan hari ini seperti yang dijadualkan dan sebelum mengumumkan penangguhan persidangan lima minit kemudian.

"Memandangkan agenda berikutnya adalah Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 tidak dapat diteruskan berdasarkan Artikel 38 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak dan berdasarkan situasi sekarang, persidangan akan ditangguhkan hingga 16 Disember, 2.30 petang," katanya.

Antara Adun yang tidak hadir persidangan selama lima minit hari ini adalah:

Abdul Yunus Jamahri (Bersatu-Kuala Kurau)
Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Bersatu-Tulang Sekah)
Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Chenderiang)
Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik)
Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol)
Mohd Akmal Kamaruddin (PAS-Selama)
Khalil Yahaya (PAS-Kubu Gajah)
Sivasubramaniam (Gerakan-Buntong)
Paul Yong Choo Kiong (Bebas-Tronoh)
Nga Kor Ming (DAP-Aulong)

Razman dipercayai meminta perkenan ke Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak. Dia dijangka akan tiba di Istana pada pukul 4.30pm. Sementara itu Nga dan Faizal dilihat di parlimen.

Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dari Bersatu dilihat hadir sidang DUN hari ini.

[Berita lanjut menyusul]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS