- Dikemas kini dengan perkembangan terkini.
Lima exco Perak yang pertama mengangkat sumpah jawatan hari ini.
Mereka termasuk empat daripada Umno - yang dikekalkan daripada pentadbiran lama - dan satu muka baru daripada Bersatu.
Empat exco yang dikekalkan ialah:
- Mohd Zolkafly Harun (Lintang)
- Rungkup (Shahrul Zaman Yahya)
- Kampung Gajah (Wan Norashikin Wan Noordin)
- Khairul Shahril Mohamed (Bota)
Muka baru daripada Bersatu yang dilantik ialah Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manek) (bawah).
Tugasan pertama menanti mereka ialah mesyuarat bagi menerima Belanjawan 2021 yang dirangka semasa pentadbiran Ahmad Faizal Azumu.