Paling Popular
Terkini

Siapa sangka sebuah pusat tuisyen ilham seorang guru muda iaitu PTTI, kini menjadi sebuah jenama yang disegani apabila menerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands bagi kategori, platform pendidikan dalam talian

Pengasas PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana, 33, yang juga ketua pegawai eksekutif, berkata pusat pengajian itu bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014.

Bagaimanapun pada tahun 2016, pusat berkenaan menjadi semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar.

"Untuk sampai ke tahap sekarang, ia bukan laluan mudah. Pengalaman dan pergelutan mematangkan kami di PTTI.

"Hingga kini, kalau ditanya signifikan penubuhan PTTI tetap sama. Ia terhasil cetusan semangat warga guru yang mahu membantu dan mendidik anak bangsa skor A dalam SPM.

"Semangat cikgu di sini kekal menjadi nadi. Selagi boleh menyalurkan ilmu dan cara terbaik untuk memberi pemahaman kepada pelajar, maka selagi itulah semangat membara kami takkan pudar.

"Konsep atau penanda aras yang mampu buat warga guru di sini puas berkongsi serta menyalurkan ilmu ialah saat pelajar betul-betul faham.

"Selagi pelajar masih berkerut dahi dan was was, maka guru di sini akan terus mengajar hingga mencapai kepuasan maksima," katanya ketika ditemui.

Jelasnya, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM tidak berorientasikan teknik menghafal semata-mata, sebaliknya perlu faham cara dan teknik yang betul.

Jelasnya, PTTI mula memenangi hati pelajar apabila muncul di platform media sosial seperti di Youtube, Instagram, Facebook dan TikTok dengan membantu mereka melalui video pembelajaran secara percuma.

Sejak awal penubuhan sehingga kini, pusat bimbingan itu sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh skor terbaik.

"Malah pada tahun ini, PTTI dan Mira Filzah turut berganding bahu. Mira sebagai salah seorang pelajar cemerlang SPM tahun 2010 juga mendokong aspirasi sekali gus membantu lebih ramai pelajar SPM dengan lantikannya sebagai duta rasmi pusat itu sejak Januari lalu," katanya lagi.

"Niat kami hanya mahu membantu pelajar SPM khususnya mencipta kejayaan dan pencapaian terbaik. Misi dan visi itu tidak akan berubah dan goyah. Anugerah ini bukan biasa-biasa.

"Ia suatu anjakan paradigma bagi kami. Ia terlalu besar dan menjadi sejarah baru buat kami seiring dalam membiasakan norma baru menerusi pendidikan dalam talian," jelasnya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS