Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM saran ketegasan ke atas ucapan kebencian
Diterbitkan:  Jan 21, 2021 12:06 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyarankan agar Asean mengambil sikap yang lebih tegas terhadap ucapan berunsur kebencian, termasuk gangguan berdasarkan gender atau orientasi seksual serta mempromosi keganasan melalui platform digital.

Dia berkata undang-undang itu boleh dipertimbangkan untuk memaksa platform media digital bertindak terhadap ucapan berunsur kebencian.

"Asean juga dapat mempertimbangkan perundangan yang lebih tegas berkaitan dengan ucapan berunsur kebencian yang, antara lain, memaksa platform media digital untuk memadam atau / dan menghukum setiap ucapan yang sengaja mempromosikan keganasan dan serangan, baik secara lisan atau fizikal.

"Bagaimanapun, ia tidak terhad kepada gangguan dan ancaman terhadap seseorang berdasarkan bangsa, gender, agama, orientasi seksual, ketidakupayaan atau kewarganegaraan," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucaptama sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean Pertama (ADGMIN1) yang diadakan secara maya, hari ini.

Ucaptama perdana menteri itu walau bagaimanapun, jelas bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, pada Rabu lalu.

Pemimpin PAS itu dilaporkan berkata kerajaan persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk meminda undang-undang lebih tegas dalam penguatkuasaan terhadap golongan Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT).

Menurut Ahmad Marzuk, ini supaya ia lebih memberi kesan terhadap usaha membanteras setiap aktiviti dan salah laku golongan berkenaan.

Dia juga dilaporkan berkata, bahawa tindakan tegas sedang diambil terhadap mereka yang tidak berpakaian mengikut gender.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS