Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
11 guru dijangkiti: Ada beri PPE, ikut SOP, soal NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula aspek keselamatan guru-guru yang harus ke sekolah untuk mengajar pelajar secara bersemuka.

Perkara itu dibangkitkan selepas 11 orang guru di Terengganu positif Covid-19.

“Pihak NUTP ingin melahirkan kekecewaan dan kebimbangan atas berita yang diterima mengenai 11 orang guru di Terengganu yang telah disahkan positif Covid-19.

“Keghairahan pihak PPD Kuala Terengganu yang mengumpulkan guru-guru tersebut untuk mengikuti bengkel ini telah mengundang risiko dijangkiti virus tersebut,” kata Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock.

Guru-guru tersebut menyertai bengkel Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Terengganu secara bersemuka.

Dia juga juga menyoal kepekaan PPD Kuala Terengannu.

Katanya pengajaran secara bersemuka dengan pelajar yang menduduki SPM SPM kohort 2020, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kohort 2020, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) membahayakan guru.

“Adakah guru-guru tersebut telah diberikan peralatan pelindung diri (PPE) seperti pelitup muka, baju isolasi atau mengikut standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan?” soalnya.

Sementara itu NUTP mendakwa terdapat beberapa sekolah memaksa guru mengajar daripada jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang, sedangkan waktu rasmi persekolahan hanya hingga 2.30 petang untuk sesi pagi dan 2.30 petang hingga 4.30 petang untuk kelas tambahan.

NUTP juga mencadangkan KPM menyelaraskan jadual keberadaan pelajar dan guru-guru di seluruh negara agar kesihatan mereka tidak akan terjejas.

“Masa yang terlalu lama di sekolah sudah tentu akan melemahkan semangat serta minat pelajar untuk membuat persediaan bagi menghadapi SPM dan STPM kelak.

“Daya tahan kesihatan pelajar-pelajar dan guru-guru turut akan terjejas kerana terperap di dalam kelas sahaja tanpa melakukan aktivti riadah yang mana dapat menguatkan ketahanan dan imunisasi badan seseorang,” tambahnya.

Lihat Komen
ADS