Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ESEI FOTO | Pondok di hutan jadi kelas dalam talian anak Orang Asli

ESEI FOTO | Ketika sekolah dibuka semula bulan ini dengan kelas dalam talian, ibu bapa perlu mengambil langkah untuk memastikan anak-anak mereka dapat menjalani sesi pembelajaran.

Bagi sesetengah orang, ia termasuklah perjalanan motosikal sejauh 15km di jalan yang sunyi, dikelilingi hutan kelapa sawit yang tebal.

Setiap hari, anak-anak Orang Asli dari suku Jakun meninggalkan kediaman mereka di Kampung Orang Asli Kemidak, Bekok, Johor dan menuju ke sebuah pondok kayu sementara, yang dibuat di kawasan pembukaan ladang kelapa sawit.

Sekumpulan ibu bapa membina pondok di sana kerana ia adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak mereka mendapat isyarat internet yang jelas.

Semasa Malaysiakini mengunjungi lokasi tersebut, kira-kira 20 murid SK Kampung Dukung dan SJKC Bekok yang ditemani oleh ibu bapa mereka hadir di sana mengikuti pembelajaran maya.

Isyarat internet yang jelas di pondok itu membolehkan pelajar mengakses aplikasi berat seperti Google Meet tetapi belajar di hutan tetap merupakan satu keadaan yang tidak selesa.

Cuaca tidak menentu, digigit nyamuk dan selalu ada kemungkinan haiwan liar yang boleh mengganggu pelajaran dan mengundang bahaya.

Walaupun begitu, Marina Jita menegaskan anak-anaknya mesti meneruskan melanjutkan pelajaran.

“Saya mahu anak saya pandai, bukan jadi seperti saya, kalau saya pegang sawit, saya mahu lihat anak saya pegang pen di dalam pejabat satu hari nanti, tidak mahu melihat anak saya melepak seperti Orang Asli yang lain,” kata wanita berumur 36 tahun itu.

Pelajar UiTM Segamat yang berusia sembilan belas tahun Zarina Ramli mengakui bahawa dia sukar untuk menumpukan perhatian pada pelajarannya ketika berada di pondok itu.

"Kebanyakan ingin bertanya dan ia menjadi terhad di dalam talian dan pensyarah sukar untuk kenal pasti soalan.

"Sebelum ini jika tidak faham jumpa berhadapan tanya secara bersemuka lebih faham daripada online," katanya ketika ditemui.


Pelajar SJKC Bekok Nur Erisya Santa, 12 menghadiri kelas Google Meet dari pondok kayu sementara di dalam hutan di Bekok, Johor.


Untuk mendapatkan isyarat internet yang jelas, penduduk Kampung Orang Asli Kemidak perlu menempuh perjalanan sejauh 15km melalui jalan sunyi ini yang dikelilingi hutan kelapa sawit.


Untuk sampai ke pondok, kanak-kanak mesti berjalan dari jalan utama dan melakukan perjalanan singkat melalui hutan.


Pondok di tengah ladang kelapa sawit di Bekok, Johor, adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian.


Isyarat internet yang jelas untuk pelajar menggunakan aplikasi berat seperti Google Meet.


Pembelajaran akan berlarutan hingga lewat petang atau malam, justeru ibu bapa menyediakan makanan di lokasi.


Pondok lain yang berdekatan, menggunakan atap zink lama.


Jastina Ahing, 39 dan anak perempuannya yang berusia 11 tahun, Louisa Aleeya.


Sehingga 20 kanak-kanak dan belia dari Kampung Orang Asli Kemidak menggunakan pondok ini untuk belajar.


Ada juga pelajar yang mencari tempat mereka sendiri.


Pelajar UiTM Segamat Zarina Ramli mencari kayu untuk mengukuhkan pondok. Memperbaiki pondok adalah proses berterusan.


Hari sudah gelap, tetapi ibu bapa terus menemani anak-anak mereka ketika mereka mengikuti kelas dalam talian di pondok.


Pelajar UiTM Segamat Zarina Ramli, 19, menghadiri kelas dalam talian hingga malam di pondok.

Lihat Komen
ADS