Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
50 NGO Islam bimbang pintu murtad, pluralisme terbuka

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai isu penggunaan kalimah "Allah" dalam kalangan bukan Islam boleh menjurus kepada terbukanya pintu murtad atau pemikiran pluralisme.

Mengaku kecewa dan terkejut dengan keputusan tersebut, sidang media yang diwakili oleh Pengerusi Pembela Aminuddin Yahaya berkata mereka berpendapat keputusan berkenaan tidak mengikut perlembagaan.

"Keputusan ini akan memberi ruang kepada penyalahgunaan yang akan menyebabkan bukan sahaja kalimah Allah yang suci dan yang berkaitan akan dihina malah akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam.

"Pintu murtad atau pemikiran pluralisme akan terbuka luas," katanya pada sidang media di luar dewan Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Pada 10 Mac, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat. 

Aminuddin berkata resolusi itu dibuat selepas 50 NGO Islam mengadakan perjumpaan hari ini.


Boleh guna perkataan Allah tapi tetap ada sempadan, kata Hadi


Menurutnya, hasil dari pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu, mereka mencapai enam resolusi yang antaranya menuntut kerajaan dan jawatankuasa pemilihan hakim memastikan pelantikan hakim dalam kalangan mereka yang mengenai sejarah perundangan negara dan Islam sebagai agama persekutuan.

"Kami juga menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk merayu keputusan mahkamah itu dengan kadar segera.

"KDN perlu mengeluarkan pekeliling baru pengharaman penggunaan perkataan-perkataan tersebut jika pengguhan itu tidak dibenarkan," katanya.

Untuk rekod, pada 11 Mac Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata KDN akan memutuskan tindakan susulan berhubung keputusan mahkamah berkaitan isu kalimah "Allah" selepas mendapat penghakiman bertulis mengenainya. 

Selain itu, mereka juga kami menggesa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku badan berkuasa berkaitan penggunaan bahasa memberikan definisi kepada "God" sebagai "Tuhan" bagi menyelesaika pertikaian tersebut.

"Kami menyelar mana-mana pihak yang dilihat bersungguh-sungguh untuk menggunakan kalimah suci ini, yang jelas tidak sensitif dan mengaja mahu menimbulkan perselisihan di kalangan penganut agama," katanya. 

Lihat Komen
ADS