Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar buat sidang media petang ini
Diterbitkan:  Mar 16, 2021 10:48 AM
Dikemaskini: 7:10 AM

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengatakan bahawa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama untuk pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Anwar mengumumkan bahawa dia akan mengadakan sidang media hari ini pada pukul 4.30 petang di mana dia dijangka akan menyentuh isu tersebut.

Dia juga dijangka mengulas mengenai tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti baru-baru ini.

Sumber parti mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua pihak telah diadakan.

Difahamkan, kedua-dua parti tidak berpuas hati dengan parti Bersatu yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menerima penyertaan sejumlah anggota parlimen yang berpaling tadah dari Umno dan PKR.

Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia baru-baru ini, Anwar berkata bahawa kerjasama itu tidak lebih daripada sekadar untuk menyelamatkan negara daripada kebobrokan.

Dia menekankan bahawa dalam beberapa siri perbincangan tidak rasmi yang diadakan antara kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan "positif" dan kedua-duanya berjaya mencapai persefahaman.

Anwar juga berkata bahawa objektif kerjasama untuk menubuhkan kerajaan baru di mana fokus kepada isu pemacuan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Dia berkata bahawa kenyataan beberapa pemimpin Umno agak lebih tegas dalam hal menyelamatkan ekonomi negara dan menolak kerajaan PN. Namun, dia tidak mendedahkan nama pemimpin-pemimpin Umno itu.

"Saya telah bersama Umno selama bertahun-tahun, mengapa? Kerana saya yakin dengan idealisme. Jadi jika kita meletakkan idealisme ini di landasan, saya rasa tidak akan ada masalah," katanya.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bagaimanapun berkata bahawa dia tidak maklum mengenai perbincangan antara Umno dan PKR.

"Itu saya tak tahu, saya tak ada dan saya tak tahu," katanya secara ringkas kepada pemberita di Alor Gajah, semalam selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama pimpinan Umno Melaka yang turut dihadiri presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Spekulasi mengenai kerjasama PKR-Umno bukan isu baru. Pada bulan Januari, Annuar Musa, yang dipecat dari jawatan setiausaha agung BN, mendakwa bahawa Zahid secara "hitam putih" menyokong Anwar dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

Selain itu, Annuar juga menuduh Zahid bersekongkol dengan DAP dalam usaha untuk membentuk gabungan politik baru.

Awal bulan ini, DAP yang merupakan sekutu PKR dalam Pakatan Harapan telah menegaskan bahawa tidak akan ada kerjasama antara parti itu dan Umno.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu konsisten dengan pendiriannya tetapi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno sekiranya memberi manfaat kepada rakyat.

"Selagi ia memberi manfaat kepada masyarakat, kami bersedia menyokong. Untuk tujuan tertentu berkaitan dengan kepentingan rakyat," kata Lim.

Tiada pengumuman besar

Sementara itu, menurut sumber pucuk pimpinan PKR, sidang media pada petang ini sekadar pertemuan biasa.

"Tiada pengumuman besar. Hanya pertemuan biasa," katanya kepada Malaysiakini.

Sumber itu berkata demikian ketika ditanya apakah Anwar akan mengumumkan sesuatu penting berhubung kerjasama Umno-PKR pada sidang media hari ini.

"Mungkin DSAI (Anwar) sentuh berhubung perbincangan tidak rasmi Umno-PKR. Tetapi, bukanlah secara mendalam," katanya.

Lihat Komen
ADS