Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Orang Melayu mula menunjukkan rasa marah kepada istana gara-gara pelaksanaan darurat di negara ini, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas perdana menteri itu, orang Melayu menzahirkan rasa marah di media sosial kerana menderita akibat pelaksanaan darurat, yang diwartakan selepas Yang di-Pertuan Agong mendapat nasihat daripada perdana menteri.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin menyampaikan maklumat yang tidak cukup kepada Seri Paduka sehingga membawa kepada pengisytiharan itu, sedangkan Yang di-Pertuan Agong merupakan pihak yang menjadi sasaran kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan.

"Segalanya diletak di bahu Agong (seolah-olah) apa jua tindakan dikatakan atas arahan Agong.

"[...] Orang Melayu biasa tak derhaka pada raja. Tapi sekarang ni terpaksa sampaikan pada setiausaha sulit (kepada Yang di-Pertuan Agong) bahawa orang Melayu mula rasa marah pada raja.

"Kita dapat ikuti dalam media sosial.

"Ini sangat tidak biasa untuk orang Melayu menentang pemerintah kami.

"Agak ramai orang Melayu marah sekarang, kerana mereka menderita akibat darurat ini," katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, di hadapan pintu pagar Istana Negara hari ini.

Dr Mahathir bersama pengerusi jawatakuasa itu Khalid Samad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu masuk ke istana pada jam 3.15 petang untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan penamatan darurat, dan keluar setengah jam kemudian. 

Jawatankuasa itu sebelum ini pernah menghantar memorandum pertemuan poertama untuk mohon meghadap pada 26 Mac, tetapi menurut Khalid, beklm ada maklum balas diterima daripada pihak istsna.

Kata Mahathir, cara pewartaan darurat Jan lalu oleh kerajaan menunjukkan seolah-olah segala pelaksanaan mengenainya adalah dibuat atas perintah Yang di-Pertuan Agong.

Oleh demikian, ini membawa kepada keadaan bahawa setiap kritikan dan kemarahan rakyat terhadap pelaksanaan darurat ditafsirkan sesetengah pihak sebagai tindakan menderhaka.

Maka sebab itulah, kata Mahathir, penting untuk sentimen rakyat disampaikan kepada Seri Paduka.

"Adalah penting untuk ini (sentimen rakyat) disampaikan kepada Agong. Jika tidak, mereka (kerajaan) mungkin melakukan sesuatu yang boleh menambahkan lagi kemarahan rakyat," katanya.

Pelaksanaan darurat terbaru berkuat kuasa dari 11 Jan hingga 1 Ogos ini, diwartawakan setelah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menasihati baginda akan keperluan pelaksanannya bagi membendung penularan Covid-19.

Ia sekaligus menyebabkan sidang Parlimen tergantung.

Gara-gara itu, Muhyididn berdepan kritikan hebat daripada kerajaan serta sekutu kerajaan seperti Umno yang menggesanya agar menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membuka kembali Parlimen bagi memberi ruang ahli Dewan Rakyat bersidang.

Lebih-lebih lagi setelah Seri Paduka Baginda pada Feb bertitah bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda, atas nasihat perdana menteri.

Turut hadir, tokoh pembangkang seperti Mukhriz Mahathir, Marzuki Yahya, Amiruddin Hamzah, Khairuddin Abu Hassan, Ulya Aqamah Husamudin dari Pejuang; Tian Chua, Maria Chin Abdullah, Sim Tze Tzin, Fahmi Fadzil dari PKR; Hannah Yeoh, Lim Lip Eng, Teresa Kok dari DAP.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak hadir kerana berada di Port Dickson.

ADS