Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Arifin: Laporan jawatankuasa darurat sulit, hanya untuk Agong

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 tidak boleh membentangkan laporannya seperti yang diminta beberapa pihak.

Pengerusinya, Arifin Zakaria berkata laporan tersebut adalah sulit dan peribadi (private and confidential), selain hanya boleh dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sahaja.

"Saya tak boleh cakaplah, semua ini kena tanya sekretariat. Ini peraturan dia, sebab semuanya private and confidential.

"Kita hanya lapor kepada Agong," kata Arifin yang juga bekas ketua hakim negara ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Arifin mengulas gesaan ahli saintis politik Dr Chandra Muzaffar supaya jawatankuasa khas bebas darurat membentangkan laporannya dalam masa terdekat dan dibahaskan di parlimen sebelum darurat tamat pada 1 Ogos.

Dr Chandra Muzaffar 

Katanya, laporan itu perlu dibentang selewat-lewatnya pada pertengahan Julai untuk kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai langkah seterusnya.

Menurut Chandra, laporan jawatankuasa itu harus menjadi panduan untuk menangani penularan Covid-19 dan kesan-kesannya dan bukan dengan menukar kerajaan sekarang.

Jawatankuasa khas itu dibentuk atas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa baginda mengisytiharkan darurat berkuat kuasa 11 Januari.

Jawatankuasa itu mempunyai 19 anggota, termasuk bekas ketua setiausaha negara, bekas ketua polis dan tentera, bekas pengarah kesihatan, ahli akademik, mufti dan pemain perniagaan.

Terdapat juga wakil parti politik-parti politik, termasuk tiga daripada pihak pembangkang iaitu Saifuddin Nasution Ismail (PKR), Anthony Loke Siew Fook (DAP) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah).

Lihat Komen
ADS