mk-logo
Berita
Polis siasat dakwaan gangguan seksual di PPV Johor

Polis sudah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang anggota keselamatan yang bertugas di pusat pemberian vaksin AstraZeneca (PPVAZ) Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata mangsa berusia 32 tahun itu membuat laporan polis pada jam 4.56 petang pada hari kejadian.

"Kenyataan pengadu telah dirakam dan masih dalam kes disiasat di bawah Sekyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular di laman sosial Facebook, wanita berkenaan mendakwa seorang pengawal keselamatan di PPVAZ itu membuat jenaka dan isyarat lucah terhadapnya ketika hadir untuk janji temu vaksinnya.

-Bernama

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini