Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP Bersatu soal PH: Bercadang bekerjasama dengan kleptokratkah?
Diterbitkan:  Aug 15, 2021 10:50 AM
Dikemaskini: 2:50 AM

Tiga ahli parlimen Bersatu dari Malaysia Timur mencabar Pakatan Harapan (PH) untuk menyatakan sama ada mereka merancang untuk bekerjasama dengan "kleptokrat".

Mereka adalah Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau) berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan jelas menyatakan sebaliknya dalam ucapannya di televisyen pada Jumaat lalu.

Dalam kenyataan bersama malam tadi, ketiga-tiga bekas ahli parlimen PKR itu berkata sebelum ini PH berulang kali menyatakan bahawa calon perdana menteri mereka ialah Anwar Ibrahim.

Namun kata mereka gabungan itu tidak memiliki jumlah anggota parlimen yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

"Sekiranya PH merancang untuk mengambil alih kuasa dengan sokongan kleptokrat, berapa harga yang diminta oleh kleptokrat? Tentunya masyarakat berhak mengetahui hal ini.

"Menentang kleptokrat adalah seruan mereka untuk pilihan raya umum 2018. Adakah ini yang telah dicapai oleh DAP, PKR dan Amanah? Ambil kuasa dengan segala cara, dengan mana-mana rakan politik yang tidak sesuai?" kata mereka.

Ketiga-tiga ahli parlimen terbabit memenangi kerusi masing-masing atas tiket PKR dan bertanding dalam gabungan PH sebelum berpaling tadah pada Feb 2020 dan menyertai Bersatu kemudiannya.

Mereka berkata apa pun hasil daripada kekacauan politik semasa, Muhyiddin masih kekal dengan prinsipnya.

"Walaupun karier politiknya berjalan terancam, dia menolak untuk menyerah kepada kleptokrat, menolak campur tangan dalam kes mahkamah dan menolak untuk menjual masa depan kita kepada pembida tertinggi," kata mereka.

Sekiranya PH tidak dapat melakukan hal yang sama, kata mereka, gabungan itu tidak boleh mendakwa sebagai gabungan yang membawa reformasi dan berprinsip.

Pada hari Jumaat, Muhyiddin membuat tawaran kepada pembangkang untuk menyokongnya berikutan keputusan Umno pada 3 Ogos untuk melakukan sebaliknya.

Muhyiddin menjanjikan sejumlah pembaharuan sebagai pertukaran dan menyatakan bahawa niatnya adalah untuk mencegah "kleptokrat" kembali berkuasa.

Beberapa ahli Parlimen Umno kini menghadapi perbicaraan jenayah sementara seorang - Ahli Parlimen Pekan, Najib Abdul Razak - telah disabitkan kesalahan dan menjalani proses rayuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS