Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JAS tolak cadangan projek tambak laut di Kuala Nerus
Diterbitkan:  Sep 28, 2021 6:32 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak memberi kelulusan terhadap cadangan projek penambakan laut di Kuala Nerus, Terengganu.

Ketua pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata JAS menerima laporan penilaian impak alam sekeliling (EIA) untuk cadangan projek pembangunan bercampur Sunrise City di Kuala Nerus pada 30 Ogos 2019.

Dia berkata pameran awam untuk laporan EIA bagi projek tersebut juga telah dilaksanakan pada 17 September sehingga 16 Oktober 2019.

"Berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal EIA (EIATRC) yang dianggotai oleh agensi persekutuan, agensi negeri, pakar individu yang dilantik dan badan bukan kerajaan telah memutuskan Laporan EIA tersebut tidak diluluskan.

"Laporan EIA tidak mematuhi pembangunan dan perancangan fizikal yang diluluskan oleh pihak berkuasa," kata Wan Abdul Latiff dalam kenyataan malam tadi.

Katanya lagi, EIA juga tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan untuk penilaian dampak dan mitigasi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 34A (2C) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Sehingga kini, Jabatan Alam Sekitar belum menerima laporan EIA baru mengenai cadangan pembangunan itu," katanya lagi.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) sebelum ini telah mendesak kerajaan Terengganu agar menolak projek itu, yang dirancang dibuat di sepanjang Pantai Teluk Ketapang di Kuala Nerus, yang akan melibatkan penambakan luat di kawasan seluas 768 hektar.

Susulan itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali berkata pohaknya mengambil maklum bantahan tersebut dan memberi jaminan yang kerajaan negeri tidak akan setuju dengannya.


Lihat Komen
ADS