Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr Mahathir dalam keadaan stabil - Marina
Diterbitkan:  Jan 22, 2022 7:21 PM
Dikemaskini: 12:45 PM

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke unit rawatan koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN), menurut anak perempuannya, Marina.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberikan respon yang baik kepada rawatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas petang ini.

Marina berkata bapanya telah menjalani rawatan di IJN sejak dua hari lalu.

Bagi pihak ibunya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan keluarga mereka, Marina meminta orang ramai mendoakan bapanya agar segera sembuh.

Terdahulu Dr Mahathir menerima kunjungan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di IJN petang tadi. 

Ismail dalam satu catatan ringkas di media sosial meminta rakyat Malaysia agar mendoakan kesembuhan Dr Mahathir.

Pengerusi Pejuang itu - yang akan mencecah usia 97 tahun pada Julai - dimasukkan ke IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut pada 16 Dis lepas.

Dia menjalani rawatan selama seminggu sebelum dibenarkan keluar daripada IJN pada 23 Dis.

Dia kemudiannya dimasukkan ke IJN semula untuk menjalani prosedur perubatan elektif pada 7 Jan dan dibenarkan keluar daripada IJN pada 13 Jan.

Lihat Komen
ADS