Senjata nuklear: PBB didesak bertindak terhadap Israel
Beberapa pertubuhan Islam mendesak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan jawatankuasa Senat Amerika Syarikat mengenakan tindakan tegas ke atas Israel yang mengaku memiliki senjata nuklear.
Beberapa pertubuhan Islam mendesak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan jawatankuasa Senat Amerika Syarikat mengenakan tindakan tegas ke atas Israel yang mengaku memiliki senjata nuklear.
Pemuda PAS, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dan Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) menyerahkan memorandam bantahan kepada wakil khas Program Pembangunan PBB di sini, Dr Richard Leete semalam.
"Kami mendesak perhatian segera terhadap kenyataan terbuka Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berhubung program nuklear Yahudi itu dalam temuramah dengan stesyen televisyen Jerman N24 Sat1 baru-baru ini," kata memorandum itu.
"Ini adalah satu pengakuan terus terang terhadap satu rahsia yang disimpan lama oleh Israel tetapi tidak diendahkan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam usaha majlis itu memerangi senjata merbahaya di Timur Tengah," tegasnya lagi.
Gabungan pertubuhan Islam itu juga menekankan kenyataan Setiauhasa Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates yang turut mengesahkan negara Yahudi itu merupakan satu-satunya negara Timur Tengah yang mempunyai senjata nuklear.
Di dalam memorandum itu turut dinyatakan rasa kecewa umat Islam negara ini terhadap peperangan terhadap Iraq.
"Tiada satupun senjata ditemui di Iraq ketika Amerika Syarikat menceroboh negara itu. Senjata berkenaan juga tiada di Iran atau Syria".
Memorandam tersebut menggesa jawatankuasa Senat Amerika Syarikat dan Majlis Keselamatan PBB supaya memandang serius perkara ini dan mengambil langkah segera demi keselamatan dan keamanan antarabangsa. Berita asal

