Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KSU Kasa berpuisi: Sukar ramal cuaca untuk atur pilihan raya
Diterbitkan:  Oct 5, 2022 8:41 PM
Dikemaskini: 1:05 PM

Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa), Zaini Ujang menukilkan puisi mengenai perubahan iklim yang menyukarkan untuk meramalkan cuaca untuk "acara raya, jamuan raya dan pilihan raya."

Melalui coretan sajak tiga bahagian yang disiarkan di Facebooknya hari ini, Zaini turut menuding punca perubahan iklim atas ketamakan manusia.

"Perubahan iklim dan ketidaktentuan cuaca

adalah akibat

sehingga sukar meramal cuaca

untuk mengatur acara raya, jamuan raya dan pilihan raya!

"Puncanya manusia sendiri

yang mengutamakan keuntungan peribadi

atas nama 'memakmurkan bumi'," kata Zaini.

Dia turut melampirkan maklumat grafik yang menunjukkan ramalan hujan untuk semua 14 negeri bagi bulan Sept 2022 hingga Feb 2023.

Menurut infografik itu, Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan puncak pada bulan Disember manakala negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dijangka mencatatkan hujan paling banyak pada November.

Sementara itu, ramalan bagi Sabah dan Sarawak menyaksikan kedua-dua negeri Malaysia Timur itu menerima hujan puncak pada Feb 2023.

Terdapat penelitian yang mendalam mengenai ramalan hujan dalam beberapa bulan akan datang kerana Umno mendesak pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata jentera Umno-BN sanggup meredah banjir jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh.

Di sebalik kritikan, Zahid menggandakan usahanya untuk menyegerakan pilihan raya umum, berkata perdana menteri sementara masih mempunyai kuasa untuk menangani banjir jika parlimen dibubarkan.

Majlis tertinggi Umno sejak itu mengumumkan keputusan rasmi mereka untuk Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memohon pembubaran parlimen bagi membuka laluan kepada PRU15 tahun ini.

Terdapat spekulasi bahawa pembubaran parlimen mungkin diumumkan dalam minggu ini.

Lihat Komen
ADS