Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

BN tidak perlu menjadi menjadi peminta sedekah kepada mana-mana gabungan parti politik untuk membentuk kerajaan baru, kata bekas ahli parlimen Ketereh Annuar Musa. 

Merujuk kepada pertemuan pimpinan kanan Pakatan Harapan dan BN, katanya, BN perlu bersikap lebih bermaruah dengan kekal sebagai blok pembangkang bersama 30 ahli parlimennya. 

“Rakyat tak beri mandat… kita sedia berikan peranan sebagai pembangkang. Biarlak kami teruskan jadi pemabngkan dan siapa nak buat kerajaan teruskan 

“Pada saya Umno tak perlu jadi peminta sedekah kepada sesiapa. 

Pertemuan PH-BN hari ini

“Kalau kita masuk sebagai minoriti dalam mana-mana, kecuali kalau mereka nak ajak kita bergabung, PM-nya adalah daripada Umno, PH nak nak tawarkan PM (daripada) Umno, PN nak tawarkan PM (daripada) Umno kami mungkin akan sokong,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang media bersama sekumpulan ketua bahagian dan pemimpin akar umbi Umno di bangunan WTC, Kuala Lumpur hari ini. 

Dalam sidang media tersebut, dia bersama ketua-ketua bahagian itu berpendirian untuk menggesa Zahid mengundurkan diri sebagai presiden parti. 

“Pendirian sebahagian besar daripada kami ialah kami tak perlu nak merangkak untuk duduk dalam kerajaan.

“Kami reda jadi pembangkang membela rakyat sebagai pembangkang yang bermaruah dan berwibawa,” katanya. 

Mempertahankan tindakan Umno untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan pada penggal lalu, Annuar menjelaskan bahawa keputusan itu diambil hanya setelah PH tumbang dan Umno kemudian mengambil peranan untuk menstabilkan negara. 

Zahid liabiliti 

Annuar yang merupakan antara “orang lama” dalam parti yang digugurkan sebagai calon pada PRU15 turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Zahid yang dianggap untuk “membersihkan parti,” yang akhirnya mengheret Umno kepada kekalahan terburuk dalam pilihan raya. 

“Kekalahan parti disebabkan presiden kuasai parti. Zahid satu liabiliti kepada Umno. 

“Zahid kena terima keputusan rakyat yang rakyat dah tolak Zahid,” katanya bahawa tindakan Zahid untuk bergabung dengan PH akan mematikan perjuangan Umno yang bermati-matian menolak PH dan DAP. 

Katanya, atas kesetiaan terhadap parti, sampai saat akhir orang sepertinya dan bekas ahli parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman masih bertahan walaupun Zahid membuat pelbagai percaturan politik yang bakal memakan diri Umno. 

Antaranya seperti memutuskan untuk bergerak solo dalam PRU15, menggugurkan calon yang boleh menang dalam pemilihan calon pilihan raya atas sebab mahu membersihkan parti. 

“Soal kingmaker (penentu), Umno bukan nak wujud sebagai kingmaker tapi memimpin dan memerintah. 

“Adakah Umno angkat orang lain jadi pemerintah?” soalnya. 

PRU15 menyaksikan BN sekali lagi mengalami kekalahan teruk. 

Gabungan itu hanya menang 30 kerusi parlimen berbanding pencabarnya PH yang memperoleh 82 kerusi dan PN yang memperoleh 73 kerusi parlimen.

Lihat Komen
ADS