Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Umno pecat seorang ketua bahagian, 2 ketua wanita bahagian'

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini untuk memecat seorang ketua bahagian Umno dan dua ketua wanita bahagian Umno.

Perkara itu dinyatakan ahli MKT Umno Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat di ibu pejabat Umno, malam ini.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan nama mereka.

"Tiga orang (yang dipecat). Dua ketua wanita bahagian dan seorang ketua bahagian kerana mencemuh parti serta berkempen (untuk pihak lawan)," katanya.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri.

Sebelum ini, dua ketua bahagian Umno turut tergugur keahlian selepas bertanding menggunakan tiket parti lain dalam PRU15.

Mereka adalah Shahidan Kassim (Arau) dan Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar).

Sementara itu, Puad turut berkata mesyuarat malam ini bersetuju supaya kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas bekas peguam negara Tommy Thomas dan Tabung Haji (TH).

Dia berkata RCI itu termasuk mengenai buku memoir Thomas, “My Story: Justice in the Wilderness”.

"Kita juga membangkitkan supaya diteruskan RCI terhadap Thomas dan Tabung Haji dan juga tidakan terhadap bekas gabenor bank negara, Zeti Akhtar Aziz," katanya lagi.

Ditanya mengenai saranan supaya siasatan dilakukan terhadap dakwaan penyelewengan dana RM600 billion ketika PN menjadi kerajaan, dia berkata MKT menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan.

Lihat Komen
ADS